Pembelian di atas talian memang agak tinggi pada waktu dan zaman ini. Ramai dari kalangan kita yang lebih suka membeli barang keperluan, makanan, minuman, pakaian dan juga beberapa perkara lain hanya di atas talian. Hal tersebut adalah kerana kebanyakan barangan di atas talian adalah lebih murah berbanding di kedai biasa.
Banyak platform yang sudah dijadikan tempat utama untuk membeli belah di atas talian saat ini termasuklah Shoope dan Lazada. Selain itu ada juga yang menjual barangan secara persendirian. Setelah membuat pesanan, barangan tersebut akan di atas oleh kurier yang telah ditentukan oleh pihak penjual atau pun pembeli.
Berkenaan dengan kurier , ada seorang lelaki yang berkongsi kisah di mana dia berasa sangat kecewa dan marah apabila pihak kurier yang digunakan olehnya tidak bertanggungjawab.
Melalui video yang dikongsi olehnya, separuh dari susu Farm Fresh yang di beli olehnya itu habis hancur dek kerana sikap tidak bertanggungjawab pihak kurier tersebut.
Ni lah hasil servis @jtexpressmy . Selama ni elok je tapi seminggu dua ni servis mmg hancussss.Ari tu rider hantar barang pon main baling je kat pintu nahhh hari ni lg teruk.
Ceritanya 19/01/2021 mak mertua hantar 2 carton dari penang tgk2 diaorg call n msg bagitau 12 kotak pecah then diaorg mintak buat claim.Claim pon x dpt lagi tetiba hantar brg hari ni 25/1/2021 bukan 12 kotak pecah tapi SEMUA SEKALI. Bau toksah citer lah sebab dah berapa hari pecah.
Tanya budak yg hantar td kenapa servis J&T makin teruk sekarang dia cuma cakap J&T potong komisyen staff hampir Rm1000.
Okay sy faham perasaan pekerja2 yg mungkin teraniaya tapi kenapa kami pelanggan yg jadi mangsa keadaan?Kenapa barang2 kami perlu dilakukan sedemikian rupa?Kami bayar bukan mintak percuma penghantaranKalau ada yg pertikai sapa suruh beli susu online actually since pkp last year lagi susu farm fresh ni mmg kami selalu beli online senang x payah jumpa2 org plus guna kurier lain sblm ni bkn je cepat tapi brg sampai dgn selamat cuma x bernasib baik kali ni dpt kurier yg korang nilaikanlah sendiri
Ekoran video berkenaan, rata-rata warganet juga berasa kecewa dan sangat marah dengan keadaan yang dialami oleh lelaki berkenaan. Dalam masa yang sama ada juga yang memberitahu tidak pernah lagi mengalami perkara sedemikian rupa.
https://www.instagram.com/tv/CKeEzcYHECf/?utm_source=ig_web_copy_link
Tidak dinafikan kadang-kadang terlalu banyak barangan yang perlu diuruskan sehingga menyebabkan pelbagai permasalahn yang berlaku. Walaubagaimanapun diharapkan pihak kurier tersebut agak lebih berhati-hati dan cuba mencari jalan dalam menangani pelbagai masalah baru yang timbul. Goodluck J&T, kami yakin anda boleh!
Sumber: aie_spin