Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Burger Stadium Dah Upgrade”, Beli Burger Masa Tonton Perlawanan Piala FA, Lelaki Ini Terkejut Tengok Sos Asing. Rupanya..

“Burger Stadium Dah Upgrade”, Beli Burger Masa Tonton Perlawanan Piala FA, Lelaki Ini Terkejut Tengok Sos Asing. Rupanya..

Kategori:
burger stadium

Kebiasaannya, jika terdapat acara, program atau perlawanan di stadium, pasti kawasan di sekitar dan berhampiran stadium dipenuhi dengan gerai-gerai jualan. Kebanyakan daripadanya akan menjual makanan dan minuman di sana bagi mengisi perut pengujung.

Seperti perlawanan piala akhir JDT lawan Terengganu di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini, kelihatan gerai jualan penuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Selain dibanjiri dengan penonton kedua-dua pasukan terbabit, gerai jualan juga memenuhi sekitar stadium.

“Burger Stadium Dah Upgrade”, Beli Burger Masa Tonton Perlawanan Piala FA, Lelaki Ini Terkejut Tengok Sos Asing. Rupanya..

burger stadium

Menceritakan tentang makanan yang dijual di stadium, seorang lelaki yang merupakan antara penonton perlawanan tersebut berkongsi pengalaman membeli makanan di sana. Menurut daripada video yang dikongsikan di laman TikToknya, dia terkejut melihat burger yang dibelinya.

Menerusi video berkenaan, burger yang dibeli olehnya diasingkan sos dalam bentuk paket. Sosnya tidak diletakkan bersama dengan roti dan daging. Penjual telah memberi sos paket asing kepadanya untuk pelanggan meletakkannya sendiri.

Rupanya, hal itu dilakukan agar burger tidak basi dan elok dimakan ketika mahu menjamahnya. Menurutnya juga, harga yang dikenakan untuk burger itu adalah RM4.

“Burger stadium dah upgrade. Sos asing supaya lambat basi ya gais. RM4 murah lah juga ingat RM5” jelasnya dalam penerangan kisah burger stadium itu.

“Buat Macam Ni Supaya Tak Basi”

burger stadium

@afiq.zainall Sos asing supaya lambt basi ya gais #fyptiktokmalaysia🇲🇾 #fyp #masukberanda #football #johordarultakzim #finalpialafa2022 #jdtvsterengganu ♬ bunyi asal – Adekkk.bongsu

Melihat ruangan komen, ramai yang terhibur dengan hal yang dikongsikan lelaki itu. Ada yang berkongsi pengalaman membeli burger yang dinamakan mereka burger stadium itu.

“Burger stadium rasa cam apa pun laku. Orang dekat dalam semua lapar-lapar.,” kata netizen bernama Marco.

“Burger stadium laku keras pasti sold out,” komen netizen lain.

“Roti RM1, sos RM1, Daging RM2,” ujar Msyrf mengagak pengiraan kos burger stadium tersebut.

“Burger Stadium Rasa Macam Mana Pun Mesti Laku..”

burger stadium

Pelbagai pengalaman yang dikongsi oleh netizen lain berkenaan makanan di stadium ini. Ada yang bernasib baik dapat beli dengan harga berpatutan, dan ada yang sebaliknya. Bagi yang tidak berpatutan, ada yang menjual air mineral sehingga RM5 untuk satu botol yang biasanya dijual dengan harga RM2 hingga RM3.

Bagi peniaga yang jujur menjual barangan jualan tanpa mencekik darah pengunjung patut diberi pujian. Tetapi tidak dinafikan, ada yang terpaksa menjual kerana terpaksa menampung kos sewaan tapak. Semoga dipermudahkan urusan buat semua penjual dan pembeli untuk jujur dan berlaku adil dalam segala hal.

Sumber: Afiq Zainal

Baca juga: Mula Dengan Kitar Semula Sampah, Lelaki Ini Selalu Dapat Sedekah Subuh Di Masjid, Ini Ceritanya..

tags: | |