Lada merupakan antara makanan atau tumbuhan yang bersifat panas dan pedas. Bahkan kita disarankan menggunakan sarung tangan ketika menumbuk atau pun memotong lada ini. Tak ramai yang berani menumbuk lada dengan menggunakan tangan sahaja tau.
Namun ada seorang lelaki di aplikasi TikTok yang dikenali dengan nama Sido Muncul menumbuk lada dan bawang hanya dengan menggunakan tangan. Malah siap menumis bawang lada dengan menggunakan tangan juga. Tak jarang kan yang berbuat sedemikian rupa.
Gelagat atau caranya itu membuatkan warga TikTok tergamam. Lebih-lebih lagi dalam video berkenaan dia juga turut menunjukkan cara memasak kepala ayam dan makan kepala tersebut.
https://www.tiktok.com/@ribut_28/video/7031488732196883738?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@ribut_28SALAM. DARI BINJAI ๐๐##fyp ##๐๐๐๐๐
Ekoran video yang dianggap luar biasa itu, ada warga TikTok yang terkejut melihat lelaki ini menikmati kepala atau balung ayam dengan begitu berselera sekali.
Malah ada juga warga TikTok yang sempat mengatakan jika ibu mengandung makan balung ayam, anak yang dilahirkan nanti akan handsome.
Bukan itu sahaja ada juga segelintir warga TikTok yang berasa geli melihat lelaki ini makan kepala ayam disebabkan ia bukanlah perkara yang biasa dalam kalangan masyarakat kita.
Luar biasa bukan cara lelaki ini memasak? Hanya dengan menggunakan tangan sahaja untuk menumbuk lada-lada tersebut. Dan berkenaan dengan kepala ayam, menurut beberapa sumber kepala ayam ini boleh dimakan kerana ia bukannya najis.
Sumber: TikTok Sido Muncul