Pasti kebanyakan daripada anda pernah mengalami situasi di mana perlu menunggu lama apabila berada di kedai makan. Tunggu punya tunggu, pesanan atau orang yang mengambil pesanan tidak sampai-sampai. Memang tertekan kan kadang-kadang lebih-lebih lagi kalau terlalu lapar.
Sampai satu tahap, beredar dan makan di kedai lain. Namun lain pula yang dibuat oleh lelaki ini. Setelah setengah jam menunggu orang datang mengambil pesanan, dia memilih untuk membuat air sendiri.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh aethesticloner di aplikasi TikTok, kelihatan lelaki berkenaan membawa beberapa gelas air atas dulang lalu menghidangkan air tersebut kepada kawan-kawannya. Gelagatnya yang seakan-akan tidak tahu malu dan selamba itu membuatkan kawan-kawannya terhibur.
https://www.tiktok.com/@aethesticloner/video/7023283141917855002?referer_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F&referer_video_id=7023283141917855002&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434
@aethesticloneraku dengan barainya, tak tidur sehari, penat balik kerja, memang hyper teruk la 🤣 ##fyp ##viral2021 ##xyzbca ##tiktokmalaysia ##berandatiktok ##lawakmalays
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok memuji sikap berani lelaki ini yang tanpa segan silu masuk ke dapur dan membuar air sendiri. Malah ada juga yang menganggap keadaan tersebut melucukan.
Jarang sekali kan nak jumpa orang yang macam ni. Rela dan sanggup masuk dapur, siap tolong lap meja lagi. Memang patut dipuji sebab kebiasaannya kalau tmakanan lambat sangat sampai mereka akan marah-marah atau pun pergi ke kedai lain sahaja.
Sumber: TikTok aethesticloner