Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Disangka Beli Serunding Rupa-Rupanya Tembakau, Lelaki Ini Terus Tak Jadi Nak Makan Nasi!

Disangka Beli Serunding Rupa-Rupanya Tembakau, Lelaki Ini Terus Tak Jadi Nak Makan Nasi!

Kategori:

Disangka serunding rupa-rupanya tembakau. Seorang lelaki dari Indonesia menunduk kecewa apabila tersalah beli ‘barang’ untuk dimakan dengan nasi. Menerusi satu perkongsian di Facebook baru-baru ini kisah tersebut mendapat perhatian warganet.

Pada awalnya lelaki tersebut ingin membeli serunding untuk dimakan bersama nasi sebagai lauk. Tetapi niat lelaki terbabit untuk makan nasi terbantut kerana apa yang dibeli olehnya bukan serunding tetapi tembakau.

Kukira abon ternyata bako

Status tersebut setakat ini mendapat lebih 5 ribu perkongsian dan ramai warganet yang terhibur dan menganggap ia suatu perkara yang agak kelakar. Namun ada juga segelintir pihak yang hairan memikirkan macam mana agaknya dia boleh tersilap beli.

Hidung tak boleh bau atau macam mana? Sebab tembakau itu mempunyai bau yang sangat kuat dan memang kalau kita pegang pun dah boleh dapat bau. Kalau buka plastik tu pun dah bau, apatah lagi dah letak dalam pinggan. Tak berbau langsung ke?

Memang pelik tetapi ada segelintir warganet berpendapat bahawa semua ini hanyalah lakonan semata-mata, hanya untuk melawak.

 

tags: |