Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan 1.0 lagi ramai para lelaki yang cuba memasak. Ada yang langsung tidak pernah memasak tapi cuba untuk memasak. Yelah, duduk rumah bosan tak tahu nak buat apa, baik masak kan? Boleh juga makan.
Bagi kaum lelaki yang tidak pandai memasak dan kurang mahir untuk memasak, mungkin rujukan mereka adalah di internet atau pun pada buku resepi.
Berkenaan dengan buku resepi ini, ada seorang lelaki di laman facebook berkongsi tentang pengalamannya yang ingin mengasah kembali bakat memasaknya tetapi terbantut apabila melihat bahan yang digunakan.
Bahan yang tertulis pada buku resepi tersebut adalah 16 ekor harimau. Apa yang dimaksudkan adalah 16 ekor udang harimau. Mungkin pihak penulisan buku resepi tersalah menulisnya dan mereka tidak sedar akan kesalahan tersebut.
Sejak PKP 2.0 ni, Admin nk mengasah kembali la skill memasak. Baru bukak mukasurat 1 buku resepi, terus Admin insaf. Ternyata memasak ni bkn kerja mudah. Silap-silap boleh arwah dibuatnya mencari bahan masakan..
Perkongsian tersebut setakat ini mendapat 1.6K share. Ekoran itu ramai yang mengganggap ianya kelakar dan menjelaskan itu adalah udang.
Sumber: Fadzly Ahmad