Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Guna ‘Aplikasi Setel’ Minta Hantar Air Mineral Selepas Terdesak Tiada Air Di Tandas

Lelaki Guna ‘Aplikasi Setel’ Minta Hantar Air Mineral Selepas Terdesak Tiada Air Di Tandas

Kategori: ,
terdesak air mineral

Kebiasaannya apabila seseorang sedang berada dalam keadaan terdesak, mereka akan menjadi lebih kreatif. Menggunakan apa cara sekalipun, agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Seperti mana yang terjadi kepada seorang lelaki ini. Dia terpaksa meminta bantuan secara atas talian menggunakan aplikasi Setel Petronas untuk menghantar air mineral kepadanya.

Lelaki berkenaan terpaksa berbuat demikian setelah menyedari tandas yang digunakannya itu mengalami masalah air. Hal tersebut baru disedari olehnya setelah dia selesai membuang hajat di salah sebuah stesen minyak Petronas.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1423192762833281025?s=20

Cepat sikit

Menerusi paparan screenshoot, tindakan lelaki yang menghubungi khidmat pelanggan aplikasi berkenaan dilayan dengan baik dan diambil tindakan serta merta oleh petugas di talian berkenaan.

Pastinya situasi berkenaan membuatkan ramai warganet berasa geli hati. Malah ada juga yang menasihatkan agar membawa telefon bersama ketika memasuki tandas dan pastikan membuka pili air terlebih dahulu sebelum menggunakan tandas.

Kredit: Bulan Ditutup Awan

Baca juga: “Sebak Tengok Anak-Anak..”, Kerana Lapar Keluarga Ini Masak Maggi Pakai Air Mineral Dan Panaskan Atas Bumbung Rumah Undang Sebak Warganet!

tags: |