Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Dr, Lepas Beli Barang, Kena Tinggal Luar Rumah 8 Jam Ker?” Ini Penjelasan Padu Kakitangan KKM

“Dr, Lepas Beli Barang, Kena Tinggal Luar Rumah 8 Jam Ker?” Ini Penjelasan Padu Kakitangan KKM

Kategori: ,
Lepas Beli Barang

Pihak kerajaan telah keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia dinasihati supaya tidak keluar rumah jika tidak ada hal penting seperti keluar membeli barangan keperluan seperti makanan.

Tapi, mesti ada dikalangan anda yang was-was untuk keluar kan? Sebab takut dijangkiti COVID-19 ini. Iyalah, kita tidak tahu siapa yang pegang barangan yang kita mahu beli itu, mungkin mereka sudah dijangkiti COVID-19.

“Dr, saya risau sidai baju kat ampaian nanti jiran sebelah batuk melekat Covid-19”
“Dr, lepas balik pasaraya barang semua kena tinggal luar rumah 8 jam ke?”
“Dr, fon saya ni kalis air jadi kena basuh dengan sabun berapa kali sehari?”

Walaupun dinyatakan berapa jam benda tu lekat pada permukaan, anda tak perlu panik sampai tak boleh tidur fikirkan esok nak pegang stereng macam mana.

Yang paling penting untuk anda ingat dan terangkan pada mereka yang kurang faham adalah:

  1. Covid-19 menjangkiti kita dalam bentuk titisan yang keluar semasa kita batuk, bersin atau selsema.
  2. Partikel dia lepas keluar dari mulut atau hidung kita, dia akan melompat paling jauh pun 1 meter. Ini lah sebabnya kenapa kita kena jarak 1 meter setiap orang. Ini juga sebabnya tidak mengapa jika sidai baju kat luar rumah.
  3. Virus ni kena ada perumah, senang cerita “manusia” untuk hidup .
  4. Bila titisan itu jatuh ke atas barang-barang atau tangan, dia akan bertahan sementara sebelum mati (sebab dia tiada perumah, melainkan anda terus pegang muka, hidung atau mata anda masa dia ada kat tangan).
  5. Cara untuk matikan Covid-19 yang cara paling senang adalah dengan menggunakan sabun tangan anda selama 20 saat. Sebab kalau tak basuh, tangan anda yang transfer-kan Covid-19 ni dari barang-barang kepada diri anda apabila anda sentuh muka, hidung dan mulut.

Jadi, anda harus ingat TIGA benda ini sahaja:

  1. Jaga jarak 1 meter supaya dia tak melompat pada anda.
  2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun supaya segala mak nenek jenis kuman termasuk Covid-19 di-nyahkan dari tangan anda.
  3. Sumber penularan Covid-19 adalah tangan dan titisan anda.

Maka, lepas beli barang CUCI TANGAN ANDA

Pastikan basuh tangan anda selepas beli barang tu. Pastikan juga sesiapa yang sentuh barang tu juga cuci tangan mereka. Jangan pergi cium pula plastik roti gardenia tu pulak sebab barang susah nak dapat kan.

Langkah selepas balik dari membeli makanan

1. Jangan disambut oleh ahli keluarga terutama anak-anak. Elakkan dari terus bertemu ahli keluarga lain.

2. Terus masuk ke dalam tandas, buka semua pakaian dan terus dicuci, rendam di dalam air sabun.

3. Selepas itu, baru buka mask dan sarung tangan. Terus buang ke dalam plastik khas. JANGAN buang di dalam tong sampah biasa kerana virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa makanan dalam tong sampah.

4. Mandi dan cuci dengan sabun.

5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.

6. Untuk barang-barang yang dibeli, jangan terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yang dibeli, virus akan mati selepas 8 jam.

 

UBAH ETIKA anda sekarang kerana hasilnya akan nampak lagi 2-3 minggu

Kalau sekarang anda tidak mengikut saranan KKM, mungkin sambutan Aidilfitri tahun ini hanya dengan videocall Whatsapp sahaja.

Nota kaki

  • Bila hari gaji, tolong jangan berpusu-pusu pergi bank. Kalau anda ada jawatan dekat bank, tolong arahkan supaya ada jarak 1 meter setiap pelanggan. Kalau ada yang dah berusia, minta anak je lah yang keluar ambilkan. Jangan risikokan orang tua.
  • Jangan belanja sakan sangat, beli apa yang patut sahaja sebab wabak ini tidak tahu sampai bila, tidak tahu bila ia akana berakhir.

Sumber: Facebook

Baca juga: Ini Cara Yang Betul Untuk Elakkan Jangkitan COVID-19 Jika Ke Pasaraya

tags: