Li Ziqi merupakan seorang Youtuber terkenal negara China, wanita moden yang mengamalkan gaya hidup tradisional di kampungnya, Sichuan China. Li Ziqi mula dikenali melalui akaun Weibo, satu media sosial yang terkenal di sana.
Menerusi video Li Ziqi banyak memaparkan suasana kampungnya yang tenang dan permai. Kelihatan juga gunung-ganang yang berkabus, suasana hutan dengan pokok yang berbunga indah, halaman yang penuh dengan bunga ros, sayur dan buah-buahan yang segar.
Dalam videonya juga sering memaparkan kehidupan sehariannya di kampung di mana dia akan menuai hasil dan menunjukkan kepada penonton bermula dari video memasak dengan cara tradisional seperti di zaman Dinasti Han, membuat pakaian dari bulu biri-biri sehinggalah membuat produk penjagaan kulit dan alat solek seperti zaman dahulu.
Neneknya juga sering kelihatan menemaninya sepanjang proses itu. Video paling popularnya setakat ini adalah di mana dia menunjukkan kepada penonton bagaimana dia membuat makanan ringan Festival Musim Bunga daripada bahan kacang tanah, epal dan mangga menggunakan kayu tradisional. Video itu telah mendapat 82 juta tontonan dalam masa yang singkat.
Sehingga kini, dia telah mendapat 14.2 juta pengikut dan telah mengumpul lebih daripada dua billion tontonan di saluran Youtube rasminya. Akaun Youtube itu telah dibuat pada 2017 dan telah mempunyai ratusan video.
Ramai yang terinspirasi macam mana Li Ziqi mulakan membuat video. Dia mula belajar masak pada usia 6 tahun. Pada asalnya, dia kerja di bandar lalu pulang ke kampung sebab kesihatan neneknya yang tidak berapa sihat.
Pada mula pulang ke kampung, dia hanya menjual hasil tanaman sebagai sumber pendapatan. Sampai suatu masa, dia terfikir untuk membuat video memandangkan dia ada sedikit kemahiran untuk membuat video.
Bermula dari proses merakam, berlakon, memasak dan sehinggalah menyunting video, semuanya dibuat seorang diri. Namun sekarang dia sudah ada pembantu untuk melancarkan lagi proses pembikinan videonya itu.
Menurut sumber South China Morning Post (SCMP), Li Ziqi telah mencipta rekod dunia dalam Guinness World Records setelah mencapai 14.2 juta pengikut di Youtube.
SCMP, The Guinness World Records telah membuat penguguman itu melalui aplikasi Weibo dengan menambah Li Ziqi yang memaparkan gaya hidup luar bandar China yang berjaya menarik perhatian berjuta-juta penonton dari seluruh dunia.
Bukan sekadar pandai memasak, malah pandai berkebun dan bertukang. Memang layak sangat mendapat anugerah tersebut!