Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Setiap Kali Makan Nanas, Lidah Pedih & Gatal? Ahli Kimia Ini Jelaskan Sebabnya & Cara Elakkannya

Setiap Kali Makan Nanas, Lidah Pedih & Gatal? Ahli Kimia Ini Jelaskan Sebabnya & Cara Elakkannya

Kategori:
makan nanas

Pastinya memang ramai peminat nanas bukan? Rasa masam manisnya memang boleh buat orang jadi ‘ketagih’, makan tak berhenti. Tapi ada satu perkara yang buatkan ada sesetengah orang tidak makan nanas, sebabnya adalah lidah menjadi pedih dan gatal.

Kenapa Setiap Kali Makan Nanas, Lidah Pedih & Gatal?

Siapa yang setiap kali makan nanas lidah akan berasa lidas? Lidah boleh berasa lidas (pedih atau gatal pada lidah dan mulut) semasa memakan nanas disebabkan oleh kandungan bahan kimia jenis bromelain. Ianya tergolong dalam enzim jenis proteilytic yang berupaya menguraikan protein.

Bromelain boleh menguraikan lapisan protein mukosa yang membentuk permukaan lidah atau bahagian mulut yang lain. Keadaan ini menjadikan lidah menjadi sensitif kepada bahan kimia asid sitrik dan asid malik dalam jus nanas.

Iritasi kedua-dua jenis asid ini pada permukaan lidah dan mulut yang terjejas adalah penyebab kepada rasa lidas.

Berikut adalah cara untuk mengurangkan kandungan bromelain untuk mengelakkan lidah berasa lidas:

  • Membuang dengan teliti bahagian ‘mata’ nanas kerana bromelain banyak terkandung dalam bahagia ‘mata’ nanas
  • Memerap seketika nanas dengan sedikit garam kerana ia mampu merencatkan aktiviti enzim bromelain
  • Memasak atau merebus nanas kerana enzim punca lidas boleh dinyahasli (denatured) dengan haba memasak. Namun, rasa dan tekstur nanas pastinya akan berubah.

Sumber: Dr. Fatimah Salim

 

tags: