Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak pernah Sekali Pun Kita Keluar Makan, Dia Tak Bayar..”, Linda Onn Cerita Sifat Pemurah Adibah Noor

“Tak pernah Sekali Pun Kita Keluar Makan, Dia Tak Bayar..”, Linda Onn Cerita Sifat Pemurah Adibah Noor

Kategori:
sifat pemurah adibah noor

Semalam, kita dikejutkan dengan pemergian seorang artis yang mempunyai jiwa dan bakat yang besar. Penyanyi lagu Terlalu Istimewa berusia 52 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap 4, jam 7.30 malam tadi.

Allahyarham Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghidap kanser ovari namun merahsiakannya kepada rakan terdekat mahupun keluarga. Bahkan, bapanya sendiri tidak mengetahui tentang sakitnya itu.

Ramai rakan artis seperti Linda Onn, Dynas Mokhtar, Azhan Rani dan rakan-rakan artis lain menyifatkan Adibah Noor sebagai seorang yang sangat pemurah dan penyayang. Melalui tutur kata dan perilakunya yang sentiasa mambawa aura positif, sudah terbukti dia memang mempunyai hati yang baik.

“Tak pernah Sekali Pun Kita Keluar Makan, Dia Tak Bayar..”, Linda Onn Cerita Sifat Pemurah Adibah Noor

sifat pemurah adibah noor

Menurut Harian Metro, Linda Onn yang merupakan sahabat baik arwah berkongsi cerita tentang rakan baiknya itu.

“Satu perangai dia (Allahyarham Adibah Noor) yang saya akan ingat sampai bila-bila, kalau keluar tak kira berapa ramai pun kita, berapa ratus jumlah makanan bersama kawan, dia bayarkan.”

Demikian kata bekas penyampai radio Suria FM, Linda Onn berkenaan sikap pemurah Adibah yang juga pernah bekerja di stesen radio yang sama.

Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn berkata, mereka mempunyai hubungan yang rapat selain menganggap Adibah seorang yang sangat pemurah.

“Percaya saya, tak pernah sekali pun kita keluar makan, dia tak bayar. Sampai satu tahap, kita curi-curi, saya cakap kepada suami, ‘you pergi kaunter, bayar sekarang sebelum Adibah bayar’.

“Ya Allah dia pemurah sangat. Macam itu lah dia dengan kucing-kucing dia. Sekarang bila dia pergi, saya terbayang macam mana kucing-kucing arwah,” kata Linda yang ditemui di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, di sini, bagi pengurusan jenazah Adibah.

sifat pemurah adibah noor

Dalam masa yang sama, selain sifat pemurah Adibah Noor, Linda memuji sikap Allahyarhamah yang sentiasa membuatkan rakan-rakan berasa selesa dengannya.

Menurut Linda, dia dan Adibah selalu meluangkan masa sehingga berjam-jam. Namun, dia agak terkilan apabila arwah mula menjauhkan diri selepas PKP berkahir.

“Saya tak pernah rasa dia selebriti atau popular. Dia buat kita rasa selesa dan kenal lama. Kalau siapa kenal, rapat dengan dia, semua akan faham maksud saya.

“Bayangkan kalau jumpa, sebelum buka puasa sampailah sahur. Itu cara kami jumpa. Kadang-kadang setengah hari. Cuma masa PKP itu, tak jumpa dan selepas PKP, dia menjauhkan diri.

Itu yang saya ralat sangat, kenapa dia tak jumpa? Kenapa dia jauhkan diri,”katanya.

“Dia Buat Kita Selesa Dan Kenal Lama..”

sifat pemurah adibah noor

Pelbagai pujian dan kata-kata baik dicurahkan kepada arwah. Sifat pemurah Adibah Noor memang akan dikenang sampai bila-bila. Daripada orang terdekat, hingga kebaikannya kepada kucing-kucing.

Jika seseorang itu tidak rapat dengannya pun, kita dapat rasakan dia memang seorang yang baik. Melalui lawak dan jenakanya, ada nasiihat yang selalu diselit. Menerusi watak Kak Yam yang dikembanngkan oleh Yasmin Ahmad dalam filem Sepet, karakter itu cukup meninggalkan kesan kepada penonton.

“Kau terlalu istimewa…” nyata cukup tepat menggambarkan dirinya.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Setiap Hari Murid Ini Dapat Makanan Percuma Dari Mak Cik Kantin, Ini Kisah Disebaliknya..

tags: | |