Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Fakta » “Jual Air Mineral Je Pun..”, Cara Marketing Liquid Death Guna Tema Muzik Metal, Untung Sampai Juta-Juta!

“Jual Air Mineral Je Pun..”, Cara Marketing Liquid Death Guna Tema Muzik Metal, Untung Sampai Juta-Juta!

Kategori: ,
Liquid Death

Korang penggemar air mineral? Jika selama ni korang kenal air mineral jenama Evian, Spritzer dan jenama air mineral lain, pernah tak korang dengar air mineral jenama Liquid Death? Banyak benda yang menarik mengenai Liquid Death sehingga syarikatnya dapat mengaut untung berjuta-juta serta terkenal oleh negara-negara luar. Padahal, jual air mineral je?

Seperti info dan perkongsian yang dikongsi oleh Hadi Pahmi, seorang brand strategist terkenal di TikTok itu mengulas tentang bagaimana dengan hanya menjual air mineral, tetapi mampu terkenal hingga ke serata dunia.

“Jual Air Mineral Je Pun..”, Cara Marketing Liquid Death Guna Tema Muzik Metal, Untung Sampai Juta-Juta!

Liquid Death

Katanya, tema yang dibawa oleh Liquid Death adalah faktor dan penyumbang utama mengapa air ini berjaya dipasarkan dan menerima feedback yang memberangsangkan dari penggunna.

“Liquid Death ni dia jual air mineral je dan air gas. Tapi in a funny and bold way. Daripada nama brand kepada marketing. Mereka guna approach metal!

“Cara mereka communicate semua ganas-ganas. Bertemakan dan ikut budaya yang berteraskan muzik metal,” jelasnnya dalam video berkenaan.

Katanya, pemasaran mereka menggunakan idea yang unik dan menarik. Menggunakan identiti yang tersendiri, tema muzik metal diketengahkan untuk menarik minat orang ramai yang ingin tahu dan ingin mencuba.

Liquid Death

Misalnya, pembelian atas talian untuk air mineral Liquid Death juga meningkatkan serotonin (sel yang merangsang minda untuk gembira dan ingin tahu) di website yang menggunankann ayat penarik yang menarik.

“Di website dorang boleh click untuk ‘sell your sold’ yang membawa maksud click untuk subscribe newsletter Liquid Death,” jelasnya.

Liquid Death

Selain itu, air mineral ini juga membawa satu pesanan dan imej yang berunsur alam sekitar dengan tidak menggunakan plastik untuk packaging yang mereka gunakan.

“Air mineral mereka dipakejkan dalam tin aluminium dan bukan botol plastik macam air mineral lain.

“Slogan mereka, ‘Death To Plastic’. Ia untuk membantu mengurangkan kerosakan alam sekitar disebabkan oleh plastik,” terangnnya lagi.

Untuk makluman, aluminum lebih senang dikitar semula berbanding plastik yang membahayakan alam sekitar dari segi pelupusan yang terkait bahaya dengan flora dan fauna.

Liquid Death Bawa Imej ‘Katakan Tidak Kepada Plastik’

Liquid Death

Di laman Instagram Liquid Death, mereka sudah mencapai 1 juta pengikut manakala TikTok mereka mempunya 2 juta pengikut.

Liquid Death pernah mengumumkan bahawa mereka telah mengumpulkan $75 juta dalam pusingan pembiayaan Siri C yang menilai jenama air itu lebih daripada $500 juta. Bekas pengarah Netflix Mike Cessario mengasaskan jenama itu pada 2018.

Menarik kan? Jual air mineral tapi ada ramai followers. Senang buat content marketing bila brand pun best dan unik! Min pun nak cuba lah nanti!

Sumber: Hadipahmi

Baca juga: Suka Matcha? Ini 8 Minuman dan Pemanis Mulut Matcha Super Sedap Yang Wajib Anda Cuba

tags: | |