Dalam beberapa yang lepas pihak Istana Negara dengan agihan KFC dan McDonalds sebelum ini, harini petugas media mendapat kejutan pula dengan kehadiran lori Milo bagi menemani mereka ketika membuat liputan semasa keadaan politik negara.
Dalam beberapa yang lepas, petugas media telah diberikan hidangan KFC dari pihak istana. Semalam, Yang di-Pertuan Agong sendiri mencemar duli untuk mengagihkan Mc Donalds kepada mereka di hadapan perkarangan istana.
Tidak di sangka pada hari ketiga pihak media yang berada di sana mendapat minuman percuma di laman Twitter yang di kongsikan oleh @Abdullah_karim yang menunjukkan lori Milo kegemaran rakyat Malaysia juga berada di sana hari ini.
Untuk makluman petugas-petugas media masih lagi berkampung di hadapan Istana Negara selepas Yang di-Pertuan Agong pada semalam memanggil kesemua ahli parlimen untuk hadir ke Istana Negara bagi mengadakan sesi temu bual secara individu.