Seperti yang sedia maklum setiap kali tiba akhir tahun akan berlaku musim tengkujuh. Dan pada waktu inilah akan ada hidangan ubi kayu kerana ubi kayu ini sinonim dengan musim hujan. Rasanya yang sangat enak memang begitu menyelerakan.
Selain daripada membeli ubi kayu yang sudah direbus. Sesetengah orang juga akan lebih memilih untuk membeli yang belum direbus dan merebus sendiri di rumah. Mungkin kerana lebih jimat dan sedap. Di samping itu ada juga jiran atau kenalan yang memberi ubi kayu ni.
Mengikut perkongsian oleh seorang wanita di laman facebook MATJHI, ada orang berikan beliau ubi kayu. Jadi balik rumah cuba masak sendiri. Sebelum direbus beliau dah basuh siap-siap ubi kayu tu. Tak lama kemudian bila rasa dah agak masak, dia pun tengok lah.
Bila tengok tu, lain macam je rupanya. Bukan seperti apa yang diharapkan. Menurut beliau, beliau terlupa nak tanya orang cara masak ubi rebus ini sama ada kulit dikupas terlebih dahulu atau pun tidak.
Assalamualaikum…selamat petang ore2..sis ni xtahu lh nk ckp xreti atau malas..hujan2 ni owg ckp sedap mkn ubi kayu..sis dpt dh ubi kayu..owg kasi..blik umh rebus..sebelom tu basuh dlu..pas..terus masuk air rebus..bile dh agak2 masak..tegok rupa cm tu..lupa lak nk tanya owg.rebus ubi sebelom tu kulit kena kupas dlu ker…pastu rebus bpe lama..ubi sis ni ada keras ada yg lembik dh masak ke idak…adoii lh…mak tolong lah….
Mungkin beliau confius. Ubi kan ada banyak jenis, dan kebanyakan ubi yang direbus jarang dibuang kulitnya seperti ubi keledek, ubi keling dan ubi badak. Kecuali ubi kayu yang perlu dikupas terlebih dahulu sebelum direbus.
Perkongsian beliau yang disifatkan agak kelakar itu membuat para netizen geli hati dan memberi komen yang positif dan mengajarkan cara yang betul untuk merebus ubi kayu ini. Walaupun begitu, masih ada juga yang meninggalkan komen negatif.
Sumber : MATJHI