Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Macam Mana Khairulaming Berjaya Jual 10,000 Unit Dalam Masa 54 minit? Bukan Mudah, Tapi Ini Yang Beliau Lakukan

Macam Mana Khairulaming Berjaya Jual 10,000 Unit Dalam Masa 54 minit? Bukan Mudah, Tapi Ini Yang Beliau Lakukan

Kategori:
Khairulaming fenomena sambal nyet

Baru-baru ini Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telah menghebohkan laman sosial bila mana dia berjaya menjual 10,000 unit Sambal Nyet yang baru dikeluarkannya hanya dalam masa 54 minit sahaja.

Menurut perkongsian seorang pengikut instagram Khairulaming yang mana tertunggu-tunggu nak beli Sambal Nyetnya berkongsi beberapa fakta menarik macam mana 10,000 unit Sambal Nyet beliau boleh terjual dalam masa 54 minit sahaja!

Macam Mana Khairulaming Berjaya Menjual 10,000 Unit Sambal Nyet Dalam Masa 54 Minit?

5 hari sebelum pelancaran,

Khairul Aming announce dia akan keluarkan produk sendiri, aku dah buat kira-kira. Dengan followers 2.7 juta, kalau yang beli cuma 1% daripada follower tersebut, jumlah pembeli adalah 27,000 orang.
Nampak je halahhh 1%?
1% untuk follower Khairul Aming jangan main-main ok.

4 hari sebelum pelancaran,

Dalam video 1 minit Khairul Aming share cara perjalanan dia hasilkan Sambal Nyet.
• Step 1 :
Proses bahan mentah dalam ratio bahan, suhu dan kaedah yang betul sehingga final product.
• Step 2 :
Proses penyimpanan produk dan ciri-ciri keselamatan untuk pelihara kualiti molekul produk.
• Step 3 :
Sistem tagging untuk proses monitoring contohnya expiry date etc
• Step 4 :
Final assembly line sebelum release dan persiapan terakhir sebelum dihantar ke delivery partner.

3 hari sebelum pelancaran,

Khairul Aming share pulak :
• Harga produk : RM 13.90
• Level Pedas : Pedas (Memang pedas weh!)
• Cara pembelian : Shopee
• Tarikh release : Rabu (6/1/2020) – 12.30pm
• Kuantiti yang available : 10,000 unit

Korang rasa 10,000 unit tu banyak?

Korang rasa 10,000 unit tu banyak? Bagi aku 10,000 unit tu sikit sebab aku anggarkan pembeli adalah 1% daripada follower dia (27,000).
Itu kalau setiap 1% follower tu beli 1 unit. But roughly orang akan beli at least 2 unit, baru berbaloi dengan postage fee. Berdasarkan caption dia tu, aku dah anggarkan yang 10,000 unit tu memang boleh habis sekelip mata.
Hari pelancaran, sambil dok buat kerja dekat office. 12.29pm aku standby tunggu link Shopee dekat Instagram
Khairul Aming. Tepat jam 12.30pm, nahh another 1 minute video!
Dapat je link Shopee, terus aku beli 2 unit. Masa aku beli tu kuantiti banyak lagi dalam 9800 unit.
Selang 10 minit aku bukak balik Shopee nak check betul tak benda ni akan sold out cepat. Dan setiap kali aku check tu, kuantiti akan berkurang hampir 2000-3000 unit. Bayangkan setiap 10 minit, 2000 unit sold. Dahsyat kan? Minit ke-50 aku tengok dah tinggal tak sampai 15 unit.
Aku pun kaypo masuk store cari Hint,
“Awak tau tak, Sambal Nyet tu dah tinggal 15 unit dari 10,000 in just 50 minutes. Dasyatttt kan?”
Laki aku yang tak tau pucuk pangkal terpinga-pinga. Yang penting soalan dia tu :
“Awak beli berapa?”
“2 bekas je.”
Memang ramailah yang komen dekat Instagram Khairul Aming, tak sempat nak beli padahal masa tu baru pukul 1.30pm.
Smart nya cara kerja Khairul Aming ni, dia release produk dia dekat Shopee. Jadi, mudah untuk orang beli, macam aku dah link dengan credit card, purchase bawah RM50, so tak payah tunggu One Time Password (OTP) dah. Sekali click terus settle.
Dengan kapasiti 10,000 unit dia tu, memang lebih mudah bila sistem Shopee yang handle.
Bayangkan kalau dia jual melalui whatsapp, jenuh weh nak reply satu-satu, susah nak keep track, jadi bila dia guna platform Shopee, dia dah tak perlu risau whatsapp tak sempat reply ke apa. Dan kalau dia release melalui website, jenuh jugak tiba-tiba website hang sebab traffic ramai sangat.
Lebih smart, bila dia dan team dah pack siap-siap 2000-3000 botol dalam flyers (Dalam kuantiti 1 unit & 2 unit), jadi, pada hari pelancaran tu jugak. 3000 unit pertama order yang masuk, akan dihantar pada hari yang sama. Sold out je lepas 54 minit tu, dorang terus print sticker airway bill J&T dan tampal je atas parcel dah pre-packed.
Dan semalam, Sambal Nyet Berapi yang aku order dah sampai ke tangan aku, dari Kelantan terus ke Damansara less than 24 hours dari waktu pembelian aku dekat Shopee.
Kejayaan 10,000 unit terjual dalam masa 54 minit ni bukan an overnight success. 4 tahun kot Khairul Aming bina nama melalui video-video masakan 1 minit di Instagram & Facebook Rasapop. Tapi aku rasa Instagram lagi core sebab followers Instagram dia bukan calang-calang. Berapa banyak selebriti dengan instafamous yang follow dia, sampai level Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir pun boleh jadi voice over untuk video masa bulan puasa haritu.
Paling best bila dia buat video 30 hari resepi sepanjang bulan puasa. Terkeluar anak-anak tekak orang yang puasa waktu tu sebab terliur tengok video masakan dia, termasuk aku.
Untuk compress semua proses memasak dalam masa video durasi 1 minit is not easy. Nampak je senang, alah satu minit je pun. Tapi guys, tengok kualiti video pun dah tau tu bukan kerja mudah.

4 Tahun Buat Benda Sama

4 tahun dia invest masa, tenaga, idea, nak masak, nak edit. 4 tahun weh buat benda sama. Ko rasa?
Apa yang aku perhatikan, perkara pertama yang paling penting bila buat sesuatu adalah sabar dan fokus pada sesuatu benda yang kita nak.
Jangan kejap buat itu, kejap buat ini. Kita rasa jadi dropship benda ni tak bagus, kita tukar produk lain. Lepas tu kita rasa produk tu tak boleh jual, kita tukar produk lain pulak. Bulan ni produk lain, bulan depan produk lain. Lama-lama orang pun confuse dengan identiti kita, dia ni jual apa sebenarnya?
You cannot win all, if you are a beginner, just choose one. Fokus buat satu benda tu je dulu, tapi buat bersungguh-sungguh sampai jadi. Nanti lama-lama bila dah expert jual lah 5-10 benda pun. Tapi untuk permulaan, paling penting sabar dan fokus.
Siapa je yang boleh sabar sampai 4 tahun buat video memasak durasi 1 minit. Most of us will stop half way and give up. 4 tahun bukan masa yang singkat. Tapi Khairul Aming boleh. Dari bawah dia mula, perlahan-lahan dia mendaki, selepas 4 tahun baru sampai puncak.
4 tahun ni sebenarnya, semua video-video masakan yang dia share resepi secara percuma, sedar tak sedar, itu adalah perkongsian ilmu (sedekah) yang dia bagi dekat follower dia selama 4 tahun. Banyak cara kan sebenarnya kita nak bersedekah. Bukan sedekah duit sahaja.
Pernah aku baca dekat komen dia orang berterima kasih sebab dia share resepi dan minta dia halalkan resepi sebab orang tu guna untuk buat berniaga. Itu baru satu yang aku baca. Dan aku percaya ramai sebenarnya yang guna resepi dia untuk berniaga dan ramai yang mendoakan kebaikan dia.
Dan dengan terjualnya 10,000 unit Sambal Nyet Berapi dalam masa 54 minit, it is all worth it. Terbayar semua penat lelah 4 tahun dia bina nama.
And yes,
Sambal Nyet Berapi dia sedap dan berkualiti!
“Man Jadda Wajada”
Siapa yang berusaha, dia dapat hasilnya.
tags: |