Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Sanggup Minta Duit Dengan Ibu Ayah, Mahasiswa Terpaksa Tahan Lapar Sebab Kos Makanan Meninggi

Tak Sanggup Minta Duit Dengan Ibu Ayah, Mahasiswa Terpaksa Tahan Lapar Sebab Kos Makanan Meninggi

Kategori:
terpaksa tahan lapar

Dalam mendepani isu kenaikan harga barang yang semakin terkesan kepada semua pihak, khususnya harga bahan mentah, ia adalah hal yang mengkhawatirkan. Hari demi hari, pelbagai berita yang disaji media membuat orang ramai perlu bersedia memikirkan kos penjimatan untuk perbelanjaan.

Salah satu faktor besar adalah inflasi dunia yang menjerumus kepada ke tidak stabilan ekonomi. Hal ini harus difikirkan jalan penyelesaian dengan lebih kompeten dan terurus kerana masyarakat bawahan khususnya sedang bergelut dengan hal ini.

Tak Sanggup Minta Duit Dengan Ibu Ayah, Mahasiswa Terpaksa Tahan Lapar Sebab Kos Makanan Meninggi

terpaksa tahan lapar

Ini termasuklah golongan mahasiswa yang terpaksa bergelut dengan kos sara hidup tinggi. Semalam, Free Malaysia Today melaporkan berita berkenaan mahasiswa yang terpaksa menahan lapar setiap malam kerana isu ini.

Kata pelaporan berita itu, kenaikan harga barang menyebabkan sebahagian mahasiswa bergelut dengan kos sara hidup semakin tinggi. Ada di antara mereka terpaksa tahan lapar setiap malam.

Setiausaha Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Ooi Guo Shen tidak menafikan ada pelajar yang mengaduu mullla tertekan dengan kenaikan harga barang.

Menerusi luahan di laman sosial kumpulan pelajar, katanya, ada di antara mereka yang bimbang menempuh semesta baharu kerana perlu memikirkan yuran pengajian dan kos keperluan harian.

“Risau nak naik semester baharu nanti. Sekarang hujung-hujung semester ini pun tengah berkiira duit makan dan yuran.

“Lapar, nak minta duit dekat orang tua, duit pun cukup-cukup makan sahaja. Setiap malam lapar, tapi tahan diri, dapat makan nasi boleh menitis air mata, rindu rumah,” demikian antara luahan yang dikongsikan pelajar seperti dirinya yang bukan datang daripada keluarga senang.

“Setiap Malam Lapar, Tapi Tahan Diri”

terpaksa tahan lapar

 

Pelajar tahun tiga jurusan sains kemanusiaan itu berkata, dia terpaksa berjimat cermat dan membuat kerja sambilan kerana wang pinjaman yang diterima tidak mencukupi. Ini termasuklah perlu membantu menambah oendapatan keluarga di kampung.

“Rasa terbeban juga sekarang dengan harga makanan makin mahal, jadi walaupun sibuk dengan kuliah, cari masa juga buat kerjja sambilan sebab mak ayah saya pun pendapatan tak tentu, ada duit lebih bolehlah tolong mereka.

“Ada masa sedih juga, bila mak telefon tanya ada duit tak,, walaupun memang tengah susah. Tapi saya cakap saja ada duit sebab tak sampai hati nak minta,” katanya ketika dihubungi FMT.

Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Aliff Naif pula menyifatkan situasi itu sebagai ‘bom jangka’. Ia dibimbangi akan menganggu prestasi mahasiswa, jika mereka terus terbeban dengan tekanan kenaikan kos sara hidup.

terpaksa tahan lapar

“Isunya sekarang, macam mana cara golongan yang susah ini menampung kos keperluan harian mereka dalam keadaan situasi harga barang naik.

“Sejauh mana kebenarannya? Adakah sampai ada pelajar yang terpaksa ikat perut. Itu saya memang tidak tolak ada kemungkinannya.”

Seorang lagi pelajar universiti awam di Perak, hamizan Abdul mengakui ada ketikanya dia terpaksi mancatu makanan sekali sehari kerana perlu berjimat cermat.

“Terpaksa Catu Makanan”

terpaksa tahan lapar

Daripada pelaporan ini, memang tidak dinafikan mahasiswa adalah golongan yang turut paling terkesan dengan harga barang sehinggakan terpaksa tahan lapar

Ini kerana, dalam mereka belajar, mereka masih tidak mempunyai pendapatan kerana masih dalam pengajian. Perlu ada bantuan tambahan kepada golongan ini.

Sumber: Free Malaysia Today

Baca juga: “Bila Idea Sindirian Diambil Sebagai Idea Bernas..”, Berita Stesen TV Teruk Dikecam Netizen Isu ‘Makan Telur’

tags: | |