Bila berkait dengan kisah si bulus ataupun diberi nama ‘majikan’, ada sahaja ceritanya. Gelagat yang mencuit hati itu yang membuatkan kita lagi rasa sayang dan geram ingin gomol mereka. Tapi kadang-kadang, boleh buat kita marah juga kerana sifat mereka yang tidak dengar kata bibiknya ini.
Seperti kisah si bulus ini, cuba lari dari tempat kejadian walhal sudah tinggal banyak bukti di badan dengan pecahkan botol sos di dapur.
Kejadian si bulus ini dirakam atau ditangkap gambar oleh bibiknya sendiri bernama yonahanaaa. Si bulus ini dipanggil nama sebagai Peter telah cuba ingin dari tempat kejadian selepas berjaya pecahkan botol sos di dapur.
Kecomelan kucing ini atau Peter telah menarik perhatian netizen kerana muka yang dibuat seperti tidak salah apa-apa.
Ketika itu, 3 botol sos dapat dikesan telah pecah iaitu sos blackpepper, sos cili dan sos tiram. Tak lain tak bukan, tiada pesalah atau suspek yang lain adalah Si Bulus Peter.
Botol sos terbabit jatuh di atas badan si bulus dan meninggalkan kesan berwarna merah iaitu sos cili di atas badannya.
Namun, ramai pula netizen yang backup si bulus ini.
https://www.tiktok.com/@yonahanaaa/video/7230286521473961221?_r=1&_t=8cACadfSd2g&social_sharing=v1
@yonahanaaa #CapCut ♬ original sound – yonahana
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen meninggalkan komen dan memujuk tuan si bulus ini bahawa bukan Peter Si Pelaku kejadian botol sos pecah.
Untung betul jadi si kucing Peter ini apabila ramai pula yang backup ia. Namun, tuan kucing mana yang sanggup untuk menghukum si muka comel ini. Semestinya akan dimaafkan dan akan letak botol sos tersebut lagi tinggi supaya si kucing tak dapat naik.
Jaga-jaga dengan kecomelan mereka, mungkin mereka sedang memikirkan taktik apa lagi untuk buat anda pening di rumah.
Kredit: yonahanaaa