Sebuah perniagaan jika ingin dikenali oleh ramai, haruslah pandai dan tahu cara marketing yang betul untuk bakal pembeli. Jika marketingnya lain dari yang lain, semestinya mereka akan terus mengenali perniagaan anda kerana ada keunikan tersendiri.
Jika anda sudah mengenali apa itu “trademark” marketing anda, nescaya perniagaan anda makin lama akan makin terkenal. Seperti marketing yang dilakukan oleh Mak Lang Frozen.
Jika dilihat di TikTok Mak Lang Frozen, netizen tak akan berfikir bahawa ‘marketing memes’ akan menjadi untuk di TikTok. Cara mereka lakukan ini, telah berjaya membuat netizen kenal dengan jenama beliau.
Cara sunting video promosi Mak Lang Frozen ini juga lain dari yang lain, sehinggakan tidak kira umur berapa suka dengan video beliau.
Cukup menghiburkan untuk netizen Malaysia yang jenis mudah terhibur. Bukan hanya menggunakan memes untuk promosi produk beliau, ada juga cara lain yang mereka cuba.
Untuk ‘content’ pertama Mak Lang Frozen gunakan adalah memberitahu kepada pengikut beliau di mana boleh dapatkan roti canai beliau. Tetapi ianya tidak mendapat sambutan daripada para netizen.
Video pertama yang menggunakan marketing tersebut telah mendapat 136.4k views dan dengan serta merta mereka terus gunakan marketing memes sebagai trademark mereka.
@maklangfrozen change my mind if you can 😎 #maklangfrozen #foodiemy #malaysia #fyp
@maklangfrozen change my mind if you can 😎 #maklangfrozen #foodiemy #malaysia #fyp ♬ Yotube AstroCapella – AstroCapella
Menjengah di ruangan komen di laman TikTok beliau, admin kepada Mak Lang Frozen ini rajin membalas komen para netizen.
“Saya fans maklang”, komen Eugene Mod di salah satu video Mak Lang Frozen.
Untuk perniaga di luar sana, bolehlah ambil aura daripada Mak Lang Frozen dan jadikan sebagai pembakar semangat anda untuk promosi produk anda.
Baca Juga: Pergi Sarapan Di Warung Roti Canai & Lupa Bawa Cash, Pelanggan Ini Tak Sangka Dilayan Sebegini..