Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suka Makan Daging Anjing, 150 Ekor Dibunuh Setiap Hari Untuk Santapan

Suka Makan Daging Anjing, 150 Ekor Dibunuh Setiap Hari Untuk Santapan

Kategori:
makan daging anjing

Walaupun sebahagian orang terdengar aneh, makan daging anjing merupakan sebuah tradisi di beberapa tempat. Di Indonesia, perniagaan daging anjing meningkat dari tahun ke tahun di beberapa daerah seperti Jakarta, Yokyakarta dan juga Bali.

Ada kepercayaan di sana bahawa memakan anjing menyembuhkan asma, meningkatkan stamina dan beberapa manfaat lain. Tetapi, kepercayaann itu juga harus disemak kembali untuk mevalidasinya.

Suka Makan Daging Anjing, 150 Ekor Dibunuh Setiap Hari Untuk Santapan

makan daging anjing

Terbaharu, merujuk Utusan Malaysia, portal berita itu menyatakan bahawa sebanyak 150 ekor anjing dibunuh bagi mendapatkan dagingnnya setiap hari. Kejadian ini berlaku di Medan, Indonesia melalui fakta yang diterbitkan oleh Toba Animal Friends.

Pengasanya, Anita Panggabean berkata, jumlah individu yang memakan daging anjing di bandar ini adalah sangat tinggi, lapor Tribunnews. Sedangkan, katanya anjing adalah haiwan peliharaan dan bukan haiwan santapan.

Melihatkan permasalahan tersebut, Anita berkata sudah tiba masanya peraturan khusus dibuat bagi mengatasi masalah penjualan daging anjing.

“Menilai tindakan kerajaan Kota Medan mengeluarkan Pekeliling Bilangan 440/44676 pada 22 April lalu, larangan pengkomersilan daging anjing adalah amat wajar. Namun, peraturan itu perlu dilaksanakann. Ini kerana, peraturan sama sudah ada sejak 2018, tetapi hanya munncul tanpa sebarang tindakan sebenar,” katanya.

Anita berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha tersebut kerana sudah berusaha berjumpa dengann Datuk Bandar Medan dan Gabenor bagi membincangkan larangan pengambilan daging anjing.

makan daging anjing

Jelasnya, Perkhidmatan Keselatan Makanan yang dikelaurkan oleh Bandaraya Medan melibatkan lima perkara, antaranya adalah larangan melakukan kegiatan jual beli daging secara komersial.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Keselamatan Makanan Kota Medan, Emilia Lubis berkata, larangan pengkoermesilan daging anjing adalah bagi melindungi orang ramai bagi mengelakkan penyakit zoonnosis berjangkit pada manusia.

Penjualan Daging Anjing Dipantau Kerajaan

makan daging anjing

Kesimpulannya, pemakanan daging anjiing ni sememangnya banyak mudarat daripada kebaikan. Selain penyakit zoonnosis tu, daging anjing boleh menyebabkan penyakit rabies. Pernah terjadi di Filipina misalnya, 300 orang meninggal kerana penyakit rabies setiap tahun.

Walaupun ada usaha WHO untuk memvaksinasi anjing agar tidak dijangkiti  rabies, namub perdagangan anjing membuatkan pencegahan itu sulit dilakukan. Mungkin Indonesia tidak mahu kisah yang sama berulang.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca juga: Guna Air Evian Buat Campuran Ribena, Netizen ‘Tak Jadi’ Tiru Resepi Neelofa

tags: | | |