Kalau sebut sahaja berkaitan dengan kenduri, mesti akan ada bermacam drama dan telatah lucu sepanjang majlis. Ada yang suka malah ada juga duka, tapi itulah memori atau kenangan sepanjang majlis untuk diingati hingga ke anak cucu nanti.
Tapi kisah video ini lagi aneh dan pelik apabila sedang tenang menikmati nasi kenduri, tiba-tiba ada aksi National Geographic. Apabila ular sedang membaham katak di pokok pisang di tepi rumah tuan kenduri.
Adegan National Geographic ni dirakam oleh individu bernama chieskut dan memuatnaik di laman media sosial TikTok beliau. Ada seekor ular sedang membaham katak dan boleh dikatakan telah pun menjadi bangkai kerana sudah tidak hidup lagi.
Apa yang lagi menghiburkan adalah, di dalam video tersebut yang di awali dengan lagu pengantin baru tetapi di tengah video ditukar dengan narrator sedang bercakap di dalam nada National Geographic.
Dapat dilihat di dalam khemah makan seperti ramai tetamu yang hadir hingga tiada kerusi untuk dua pemuda ini untuk makan. Jadi, mereka pilih untuk makan di tepi semak-samun berdekatan kawasan kenduri itu.
Tenang sahaja mereka makan walaupun ada aktiviti National Geographic di hadapan.
Harap semua pemuda ini dapat habiskan nasi dengan sempurna tanpa berfikir pelik dengan kejadian di hadapan mereka.
@chieskut Pakej Astro terbaru #kenduri #nationalgeographic #fyp
@chieskut Pakej Astro terbaru #kenduri #nationalgeographic #fyp ♬ original sound – Chie
Menerusi di ruangan komen, ramai yang inginkan suara Mat Salleh itu digantikan dengan suara viral yang suka menggunakan ayat ‘Gorgon’
Itulah ragam kenduri yang lain dari yang lain kita tengok, setiap kenduri mesti akan ada cerita berbeza antara satu sama lain.
Kredit: chieskut