Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kalaulah Tak Makan..”, Akibat Makan Maggi Setiap Hari, Lelaki Ini Dimasukkan Ke Hospital Dan Alami..

“Kalaulah Tak Makan..”, Akibat Makan Maggi Setiap Hari, Lelaki Ini Dimasukkan Ke Hospital Dan Alami..

Kategori:
akibat makan maggi setiap hari

Maggi merupakan antara makanan tersedap yang ada di dunia ini. Kalau lapar tengah malam, pasti mi segera ini yang bakal kita cari dan makan. Bukan sahaja cepat, malah rasanya juga sangat enak. Walaupun hanya direndamkan dalam air panas, rasanya juga tetap sedap dan menyelerakan.

Selain dicari saat kelaparan, mi segera ini juga turut dicari ketika dompet kian menipis atau pun di akhir-akhir bulan. Maggi ini boleh diibaratkan sebagai penyelamat. Namun bukan disebabkan tiada wang semata-mata tetapi rasanya yang sedap itulah membuatkan ramai yang ketagih.

Dalam sebulan kalau tidak pekena maggi ini pasti tidak lengkap rasanya kan. Bahkan ada yang lebih teruk kerana memakannya setiap hari. Umum mengetahui bahawa maggi ini merupakan antara makanan yang kurang baik untuk kesihatan namun begitu tidak ramai yang ambil kisah mengenai hal tersebut.

Usus berkuman gara-gara makan Maggi setiap hari

Sudah ramai yang mengalami masalah kesihatan seperti kegagalan buah pinggang dan juga terbaharu ada seorang lelaki yang juga turut dimasukkan ke hospital kerana mi segera ini. Lelaki yang dikenali dengan nama aimanrazaleigh, sempat berkongsi pengalamannya dimasukkan ke hospital gara-gara makan maggi setiap hari.

Akibat dari itu dia mengalami apendiks, ususnya juga berkuman dan perutnya terpaksa ditebuk. Video yang dikongsikan oleh Aiman menerusi aplikasi TikTok miliknya itu dapat dilihat beberapa keping gambar saat berada di hospital. Di dalam video berkenaan juga Aiman sempat menulis ” kalaulah aku tak makan maggi setiap hari”.

Apabila baca apa yang ditulis oleh Aiman, kelihatan dia seolah-olah menyesal dengan apa yang terpaksa dia lalui sekarang ini akibat dari makan mi segera setiap hari. Sedap memang sedap, tapi itulah keadaan yang terpaksa dilalui.

https://www.tiktok.com/@aimanrazaleigh/video/7041123054579191066?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274

@aimanrazaleightake care awok ii ##fypシ ##fypage ##xyzbca

♬ Better Wash My Mouth Out With Soap – MysticHits

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok. Ada yang menceritakan dia makan 2 hingga 3 bungkus sehari dan ada juga yang sempat mengatakan sedang mengalaminya dan jikalau teruk akan dibedah tidak lama lagi.

2-3 pack..

Dalam masa yang sama, ada juga yang bersetuju makan mi segera berkenaan adalah merbahaya untuk kesihatan kerana pernah melihat seorang makcik terpaksa cuci darah kerana makan mi segera setiap hari.

Kena cuci darah..

Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi pengalaman orang terdekat dan diri sendiri yang turut mengalami masalah kesihatan gara-gara makan Maggi ini.

Adik saya pernah admit hospital..

 

Semoga pengalaman yang dikongsikan oleh Aiman dan juga orang lain ini dapat membuka mata anda semua. Nak makan Maggi ini boleh, tiada masalah pun namun pastikan jangan terlalu kerap. Kasihanilah dan sayangilah tubuh badan kita. Jaga kesihatan sebaiknya, sebab kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ya!

Kredit: TikTok Aiman aimanrazaleigh

Baca juga: “Part Kacau-Kacau Tu Lawaklah..”, Video Budak Lelaki Buat Maggi Raih 4 Juta Tontonan Ini Dipuji Warganet Sebab Terlampau Cute

tags: | | |