Sekarang, banyak kedai menawarkan menu steamboat yang boleh dinikmati dan dimasak sendiri oleh pelanggan. Biasanya jika kedai stamboat, kita akan pergi beramai-ramai bersama keluarga atau rakan untuk sama-sama menikmatinya.
Lagi ramai, lagilah meriah jika ke sana! Pilihan lauk steamboat yang banyak dan beraneka itu dimasak bersama-sama sambil dimakan bersama. Lauk pauk seperti ketam, udang segar, potonngan ikan, filet, ayam, kupang tiram, dan banyak lagi boleh dipilih, Memang manjadi destinasi pilihan.
Tetapi, hal yang tidak dijangka berlaku kepada sebuah keluarga yang berkunjung di restoran steamboat apabila alat memasak steamboat meletup. Kejadian yang tidak dijangka itu berlaku di salah sebuah restoran di Alam Mesra, Kota Kinabalu, pada malam Ahad.
Menurut Sinar Harian, makan malam empat beranak termasuk dua kanak-kanak lelaki bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak steamboat meletup kira-kira jam 9 malam itu. Roberto Antoni, 28 dan isterinya, Wujon Maria Mae serrta dua anak mereka tercedera akibat terkena air panas dalam letupan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Peneyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berrkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam.
Menurutnya, seramai 13 anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari BBP Lintas.
“Terdapat 4 mangsa yang dilaporkan melecur terkena air panas dan adaa juga yang terkena api.
“Dua mangsa kanak-kanak dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. Manakala, dua lagi mangsa diberikkan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya ketika dihubungi SInar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan lanjut bagi mengelak sebarang bahaya lain di lokasi kejadian.
“Operasi terkawal pada jam 9.35 malam dan ditamatkkan selepas semuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Melalui dapur gas steamboat meletup ini, teringat akan satu kata pepatah, ‘malang tidak berbau’. Diingatkan untuk peniaga lebih menitikberatkan hal keselamatan dengan lebih mendalam ekoran hal ini telah berlaku kepada pelanggan lain.
Kejadian ini juga boleh dijadikan pengajaran dan langkah berjaga-jaga kepada semua pihak. Semoga mangsa segera sembuh dan pulih.
Sumber: Sinar Harian