Pelbagai life hack yang disediakan kepada kita dan tak semua orang tahu mengenai kemudahan itu kerana tak didedahkan. Tapi bila kita aplikasikan di dalam kehidupan seharian kita, nescaya ia akan memudahkan segala urusan kita.
Seperti wanita ini yang hidup selama 25 tahun baru tahu tentang ‘life hack’ budak lelaki ini makan mee segara menggunakan plastik sebagai pengganti sudu.
Kisah ini dikongsikan oleh Bella Loli di laman media sosialnya. Beliau mengatakan bahawa beliau baru tahu bahawa menggunakan plastik mee segera sahaja dapat menggantikan sudu.
Waktu itu beliau ke restoran makan dan melihat budak lelaki ini sedang menghirup mee segera menggunakan plastik itu.
Mungkin wanita ini baru tahu tentang ‘life hack’ ini kerana ada sesetengah netizen sudah tahu tentang kemudahan ini.
Seperti kita tahu, mee segera tidak sediakan sudu tapi hanya sediakan garfu sahaja. Jadi, bagaimana untuk hirup sup yang ada di dalam mangkuk?
Lipat sahaja plastik penutup mee segera, terus boleh digantikan sebagai sudu. Menarik bukan?
https://www.tiktok.com/@fellaps928/video/7244944266135375109?_r=1&_t=8div3hCPZyR
@fellaps928 Terimakasih karena sudah menjawab kegelisahan hatiku dek🙏 #popmie #popmieindonesia #popmiechalenge #popmiepanas #popmiepakenasi #fyp #videoviralitiktok ♬ angin kencang × oh begituu – r for raraä
Menerusi di ruangan komen, rata-rata netizen yang memberi komen adalah daripada negeri seberang iaitu Indonesia. Kebanyakkan mereka sudah tahu tentang life hack ini, namun ada yang masih tidak tahu.
Nanti bila anda makan mee segera, bolehlah mencuba ‘life hack’ ini, mudahkan urusan anda untuk menghirup sup mee segera.
Selamat Mencuba!
Kredit: Bella Loli