Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ambil Nasi Siap Lauk Sayur..” Makcik Baik Hati Suap Anak Makan Buat Si Ibu Terharu

“Ambil Nasi Siap Lauk Sayur..” Makcik Baik Hati Suap Anak Makan Buat Si Ibu Terharu

Kategori:
suap anak makan

Sesi makan di restoran, di kedai atau mana-mana tempat ketika membawa anak-anak agaklah menyulitkan. Lebih-lebih lagi anak tersebut masih lagi kecil ataupun tidak mahu duduk. Terpaksa bergilir-gilir dengan suami atau isteri, tapi perut masing-masing dah mula berbunyi. Nak tak nak, kena tunggu juga salah seorang dah siap.

Kalau melihat para ibu dan bapa dalam situasi ini pasti berasa kasihan kan. Nak tolong pegangkan dan suap anak mereka namun takut juga dimarah. Lebih-lebih lagi zaman covid sekarang ini, para ibu bapa akan lebih berjaga-jaga dalam soal keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka.

Makcik baik hati suap anak orang lain makan, mungkin rindu cucunya

Berkenaan dengan suap anak makan ini, terbaharu ada sebuah video yang dikongsiakan oleh Nienanyut di aplikasi Tiktok. Video yang berkisarkan tentang anaknya yang bernama Rayyan disuap oleh pekerja kedai makan yang dikunjungi buat pertama kali.

Menurut Niena, sewaktu dia dan suaminya bergilir-gilir mengambil makanan makcik tersebut juga turut mengambil nasi. Rupa-rupanya nasi yang diambil itu adalah untuk anak Niena. Bukan sahaja nasi malah turut diberikan lauk sayur.

Melihat makcik tersebut yang menyuapkan anak makan seperti anak sendiri membuatkan Niena terharu. Makcik tersebut tidak kisah pun tentang kaunter yang sepatutnya dijaga itu. Dia akan pergi ke kaunter berkenaan apabila ada orang yang pergi sahaja.

Menurut ibu ini, dia terharu dengan keramahan dan kebaikan makcik tersebut yang sanggup menyuapkan anaknya makan walaupun tak pernah kenal dan baru pertama kali Niena sekeluarga mengunjungi kedai tersebut. Mungkin juga kelakuannya itu kerana terlalu merindukan anaknya. Tak siapa tahu.

@byniena.han Rupa rupanyaaaa #kitabaikramaisayang #fyp ♬ original sound – Nienanyut

Dia jenis sayang budak..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dari warga TikTok terharu dengan kebaikan yang diberikan oleh makcik berkenaan. Manakala, ada jugacmenganggap wanita tersebut memang menyayangi kanak-kanak serta teringat akan cucunya.

Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang hampir sama di mana dia pernah pergi ke sebuah kedai makan dan membawa 3 orang anak bersama. Paling kecil dalam 5 bulan, memang susah nak makan. Nasib baik tauke kedai tolongkan jagakan kerana kasihan melihat tak cukup tangan melayan anak-anak.

Rupa-rupanya masih ramai lagi orang yang baik-baik atas dunia ini. Semoga kita semua dapat contohi kebaikan yang ditunjukkan oleh wanita ini. Didoakan semoga makcik atau wanita berkenaan dimurahkan rezeki sentiasa.

Kredit: Nienanyut

Baca juga: “Kene Scam..”, Belajar Dalam Bidang Tourism Tapi Intern Buat Mi Kari Buat Lelaki Ini Buntu

tags: | |