Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kuih tradisional di Malaysia, pasti akan mengenali kuih lompat tikam. Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dari tepung beras dan santan.
Ia mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.
Bercakap mengenai kuih lompat tikam, terdapat seorang peniaga di Kelantan yang begitu popular dan sering dikaitkan dengan penjualan kuih ini. Peniaga tersebut dipanggil makcik lompat tikam Pasar Siti Khadijah yang menjual lompat tikam dengan harga yang sangat murah.
Bayangkan, kuih lompat tikam dijual dengan hanya RM1 sebungkus dan mengandungi kuantiti yang berpatutan. Mana nak cari lagi kan harga seperti ini? IIa hanya dijual olehh peniaga yang dikenali sebagai Mocik Nab yang sudah berniaga hampir 60 tahun sudah.
Yang lebih mempopularkan dirinya, makcik lompat tikam tersebut menyediakan makanan dengan style lama. Bagaikan air tangan ibu, dia membungkus lompat tikam dengan hanya menggunakan tangan tanpa sarung. Sebelum itu, dia telah mencuci tangannya terlebih dahulu dengan bersih.
Dengan cara penyediaan yang unik itu, ia telah menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang memahami konsep berkenaan dan ada yang sebaliknya. Tetapi, ia berbalik kepada inividu sendiri.
@dailymakan Kuih Lompat Tikam RM1.00, di Pasar Berek12 Kota Bharu 🙂 #fyp #supportsmallbusiness #kuih #kuihmelayu #kelate #malaysia
@dailymakan Kuih Lompat Tikam RM1.00, di Pasar Berek12 Kota Bharu 🙂 #fyp #supportsmallbusiness #kuih #kuihmelayu #kelate #malaysia ♬ original sound – Daily Makan
“Itu lah air tangan. Macam air tangan ibu. Kalau bersih, no hal lah,” kata seorang netizen dengan nama Zuhairi memberi komen tentang cara pembungkusan makcik lompat tikam Pasar Siti Khadijah berkenaan.
“Kalau ikut pengendalian makanan. Glove kena pakai, barang kemas tak boleh pakai masa sajiikan makanan,” kata seorang netizen pula yang tidak bersetuju dengan cara pembungkusan makcik lompat tikam Pasar Siti Khadijah berkenaan.
Bagi Min, ia tergantung kepada individu. Makcik lompat tikam Pasar Siti Khadijah itu sudah membasuh tangannya sebelum menyentuh makanan dan ia tidak menjadi masalah. Dia juga telah menyediakan cara penyediaan sebegitu sudah beberapa lama dan tiada masalah terjadi.
Sumber: Daily Makan