Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Tiba-Tiba ‘Lapar’ Tengok Makeup Tema Lontong, Bakat Wanita Ini Dipuji Netizen!

Ramai Tiba-Tiba ‘Lapar’ Tengok Makeup Tema Lontong, Bakat Wanita Ini Dipuji Netizen!

Kategori:

Bila sebut sahaja makanan untuk Hari Raya, macam-macam terbayang di fikiran bukan? Antaranya adalah ketupat, rendang, biskut raya, lontong dan banyak lagi!

Kadangkala, tengok gambar makanan pun dah terliur. Sama seperti dengan video ‘lontong’ yang telah tular di TikTok baru-baru ini berjaya buat ramai orang berasa ‘lapar’!

Namun sebenarnya ‘lontong’ tersebut bukannya makanan tapi adalah satu solekan yang serius nampak betul-betul real! Ramai yang tertipu, bila baca komen baru tahu ianya adalah wajah manusia.

Rupanya ada wajah di sebalik lontong! Memang tak sangka, luarbiasa betul bakat wanita ini!

Makeup Tema Lontong Curi Perhatian Netizen

Menerusi video tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Faara berkongsikan hasil solekan dengan tema lontong sempena hari raya.

Dia bukanlah seorang make up artist tapi dia melakukan itu hanya sekadar suka-suka dan kerana minat semata.

“5 Kali tengok baru perasan tu muka, hebat lah..”

Tinjauan di ruangan komen turut mendapati rata-rata netizen memuji dan kagum dengan bakat wanita itu sehingga ada yang mengatakan 5 kali tengok baru perasan ianya adalah muka orang.

Ada juga warganet yang sampai mengidam makan lontong bila melihatkan mekap wanita ini yang sangat-sangat real!

Mana tidaknya, makeup tema lontong yang dihasilkan memang menjadi! Memang cukup ‘ramuan’, siap ada telur rebus, cili potong dan udang kering lagi tau!

makeup tema lontong

Kalau korang nak pergi ke profil Tiktok wanita ni, korang pasti terkejut dengan macam-macam hasil kreatifnya! Sempena Ramadan baru-baru ini, Faara juga hasilkan makeup istimewa iaitu kurma fairy! Sebelum ini dia juga pernah buat makeup pizza!

makeup tema lontong

makeup tema lontong

Selain makanan, Faara juga banyak mengasah bakat solekannya dengan mengambil inspirasi dari watak dalam filem Hollywood seperti The Grinch, Mad Hatter, The Red Queen dan sebagainya. Rare betul idea dia!

Tak sangka pula hidangan Hari Raya pun boleh jadi inspirasi menarik untuk makeup. Apapun, makeup tema lontong dari wanita berbakat ni memang tak dinafikan sangat hebat!

Tekan link ini untuk lihat video penuh di: Video 1, video 2, video 3

Kredit: Faara Iska

tags: