Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mungkin Dia Rindu Anak Di Kampung..”, Mamak Dukung Anak Pelanggan Kehulu Kehilir, Ramai Netizen Sebak Tengok Reaksi Mereka

“Mungkin Dia Rindu Anak Di Kampung..”, Mamak Dukung Anak Pelanggan Kehulu Kehilir, Ramai Netizen Sebak Tengok Reaksi Mereka

Kategori:

Bila dah ada anak ini, agak susah nak makan dengan bertenang apabila makan di kedai makan. Kadang-kadang, suami isteri terpaksa makan bergilir kerana kena jaga bayi mereka supaya tidak menangis.

Lain pula kisah wanita ini apabila anaknya mamak jaga oleh pelayan di kedai mamak itu. Beliau boleh bertenang untuk makan roti canai, malah boleh bertambah makanan dan dating dengan suaminya.

“Mungkin Dia Rindu Anak Di Kampung..”, Mamak Dukung Anak Pelanggan Kehulu Kehilir, Ramai Netizen Sebak Tengok Reaksi Mereka

Kisah comel ini dikongsikan oleh eijaaazmi dan beliau menunjukkan gelagat mamak di kedai itu sedang mendukung dan menjaga bayi beliau. Kadang-kadang agak sedih juga, mungkin mereka sukakan budak kerana rindukan anak-anak mereka di kampung.

Netizen mengatakan juga bahawa beliau adalah Alisya Ejen Ali Real Life kerana watak karakter tersebut juga dijaga dari kecil oleh mamak dan mempunyai kedai makan.

mamak jaga

Untuk ibu bapa yang sudah lama tidak makan di kedai makan, ini juga memberi kelegaan buat mereka untuk makanan dengan bertenang dan tidak perlu bergilir. Tapi, hati-hati juga risau jika apa-apa terjadi kepada anak kita.

mamak jaga

Comel pula apabila dilihat gelagat mamak ini dan bayi beliau hanya terdiam sahaja apabila ada yang mendukungnya.

Dari jauh beliau memerhati gelagat mereka dan anaknya hanya melihat sahaja sambil menghisap puting di mulut.

@eijaaaazmi

Mamak pun boleh, senang mummy nak makan roti canai🙃

♬ Mamak Rap – Jiven Sekar

@eijaaaazmiMamak pun boleh, senang mummy nak makan roti canai🙃♬ Mamak Rap – Jiven Sekar

Mungkin Dia Ada Anak Kecil Dekat Kampung, Rindu Agaknya

Menerusi di ruangan komen, ramai netizen yang puji dengan sikap wanita ini kerana memahami kebaikan pelayan kedai tersebut. Cuba letak diri kita di situasi mereka, mesti mereka rindukan anak-anaknya di kampung.

mamak jaga mamak jaga mamak jaga

mamak jaga

Berbuat baik lah dengan semua kaum tak kira bangsa dan agama. Tak rugi pun buat baik dengan mereka, kerana mereka juga manusia seperti kita juga.

Kredit: eijaaazmi

Baca Juga: Kena Ceramah Dengan Pak Cik Akibat Sarapan Di Kedai Mamak, Wanita Ini Simpati Lihat Nasib Pelanggan Itu

tags: | | |