Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Manfaat Kulit Bawang Yang Ramai Tak Tahu, Rendam Semalaman Dan Jadikan…

Manfaat Kulit Bawang Yang Ramai Tak Tahu, Rendam Semalaman Dan Jadikan…

Kategori: ,
manfaat kulit bawang

Setiap kali mengupas bawang pasti kulitnya terus kita buang dan tidak akan menggunakannya lagi. Yelah, kulit bawang je kot. Simpan dan nak guna buat apa. Namun sebenarnya kulit bawang ini elok kita simpan dan jadikan baja bagi menyuburkan pelbagai jenis pokok. Sama ada pokok herba atau tanaman lain.

Bukan itu sahaja malah kulit bawang yang direndam selama semalaman ini juga boleh menggalak pertumbuhan pucuk baru dan mampu membunuh hama serta serangga perosak tanaman.

Kulit Bawang Sebagai Baja Tanaman

CARA-CARANYA:

  1. Simpan kulit bawang yang dikupas untuk masak sehari-hari dan masukkan dalam plastik atau kotak.
  2. Apabila sudah banyak, cuci kulit bawang tersebut. Seterusnya rendam kulit bawang semalaman.
  3. Esoknya sudah boleh siram pada pokok herba atau tanaman.
  4. Kalau tidak mahu rendam dulu, boleh terus tabur pada pangkal-pangkal pokok. Tapi dinasihatkan rendam supaya tidak diterbangkan angin.

Manfaat Kulit Bawang:

  • Mampu mengalakkan pertumbuhan pucuk baru
  • Mampu membantu menyuburkan tanaman anda.
  • Mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman. Tanaman anda pasti akan subur dan cantik tanpa serangan serangga perosak.
  • Mampu mempercepatkan proses mengeluarkan bunga dan buah.
  • Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, pokok sayuran, bunga dan buahan.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit: Norlie Nature

tags: | | |