![IKEA Malaysia](https://dailymakan.com/wp-content/uploads/2025/02/Thumbnail_artikel-1-3.jpg)
Marrybrown adalah restoran makanan segera jenama Malaysia yang diminati ramai. Antara menu yang menjadi permintaan tinggi adalah ayam dan burger.
Baru-baru ini, jenama itu menjadi bualan di laman media sosial (X) dan mendapat pujian ramai kerana memuji Marrybrown selepas pekerjanya memberi ayam lebih disebabkan saiz ayam pada hari itu agak kecil dari kebiasaannya.
Hantaran yang dibuat oleh seorang pelanggan dengan nama Pick menyatakan bahawa dia telah mengunjungi salah sebuah restoran Marrybrown di Melaka dan mendapat ayam lebih berkenaan.
“Maaf ya abang, hari ni ayam kita kecil-kecil, jada saya bagi abang satu lagi ayam sebagai ganti ya,” – Staff Marrybrown KP Mart Melaka.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji Marrybrown kerana tindakan itu memang sepatutnya dipraktikkan. Jadi, pelanggan akan membayar sesuatu produk dengan berbaloi.
“Contoh-contoh kedai yang wajar repeat,” kata kebanyakan netizen.
Dalam perkembangan lain, ada juga netizen yang bertanya tentang keselamatan pekerja apabila pelanggan mendedahkan hal ini kepada umum.
“Saya pernah kerja dalam industri F&B. Biasanya manager atau supervisor yang nasihatkan macam ni,” kata salah seorang netizen berkongsi pengalaman.
Sumber: pickyhn