Ayam Berlado atau dipanggil Ayam Belado sememangnya hidangan ‘comfort food’ bagi sesetengah orang. Maksudnya, jika ada hidangan ayam Berlado, pasti mereka menikmati nasi dengan berselera.
Ada banyak cara untuk masak Ayam Berlado ini. Ada cara yang renyah dan ada cara yang ringkas. Jadi untuk perkongsian kali ini, Daily Makan ingin berkongsi resipi Ayam Berlado air tangan seorang peniaga yang dikenali di laman Facebook & TikTok.
Jom buat Ayam Berlado versi ini bersama. Paling ‘simple’ dengan rasa padu!
“Rebus & Goreng Macam Ni..”, Jom Masak Ayam Berlado Cara Paling Simple Dengan Rasa Padu. Peniaga Ini Tunjuk Rahsianya!
Bahan-Bahan:
- ayam 10 ketul
- bawang putih
- serbuk kunyit
- garam
- segenggam cili api
- cili besar
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- serai
- limau purut
- garam & ajinomoto
Cara Penyediaan:
- Ayam 10 ketul direbus sekejap. Selepas rebus, kisarkan bawah putih bersama serbuk kunyit dan garam. Gaulkan pada ayam kita yang telah direbus tadi. Perap seketika.
- Dah setengah jam, boleh goreng sekejap ayam tadi. Jadinya ayam takkan keras malah akan juicy tetapi tetap masak kerana kita dah rebus ayam tadi.
- Kisarkan segenggam cili api dicampur bersama cili besar. Masukkan sekali 2 labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Kisar manja.
- Masukkan dalam kuali dan dididhkan biar berkurangan air dalam cili kita tadi.
- Bila air dah separuh kering, masukkan minyak masak, boleh guna minyak yang kita buat goreng ayam tadi.
- Masukkan serai serta daun limau purut.
- Kacau dan boleh perasakan dengan garam serta ajinomoto (kalau anda guna).
- Masukkan ayam yang telah kita goreng tadi. Kacau dah siap.
Bila dah siap ni, memang sedap sangat walau makan denga nasi kosong. Cubalah style peniaga Yayar B. Awang Noh ni.
Semoga perkongsiaan ini memberi manfaat kepada pembaca.
Selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Yayar B. Awang Nor
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kari Ayam Kapitan, Memang Sedap & Lain Dari Yang Lain