Maggi merupakan antara makanan yang sering menjadi penyelamat di saat kelaparan. Bukan sahaja sedap malah untuk menyediakannya juga sangat mudah. Walaupun mi segera ini sering dikatakan berbahaya untuk kesihatan namun tetap juga ada yang sering menjadikannya sebagai pilihan utama.
Berkenaan dengan Maggi ini, terbaharu viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang lelaki (dirahsiakan namanya) yang memasak maggi di dalam sinki hotel. Hal tersebut dilakukan kerana hotel tidak menyediakan mangkuk dan juga sudu.
Menerusi video yang dikongsikan lelaki tersebut beberapa jam yang lepas, dapat dilihat dua bungkus maggi direndamkan di dalam sinki. Manakala dia menjadikan berus gigi sebagai chopstick. Melihat situasi itu ianya sungguh menggelikan. Kerana kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihan sinki tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari netizen. Namun rata-rata daripada mereka ini seakan-akan mengecam dan marah dengan tindakan lelaki berkenaan. Mana tidaknya, sinki pada asalnya dijadikan tempat membersih kekotoran dijadikan tempat makan.
Ada juga yang mengharapkan ini sebagai content sahaja dan mengharapkan lelaki ini tidak betul-betul memakannya. Dalam masa yang sama ada juga yang berasa geli atau kembang tekak apabila menonton video tersebut.
Namun rata-ratanya seakan tidak boleh terima dengan apa yang dilakukan kerana mereka ini seolah-olah tiada adab. Memandangkan tandas bukanlah tempat untuk makan.
Walaubagaimanapun semoga lelaki ini tidak memakan maggi tersebut dan mengharapkan ia hanyalah sebagai content semata-mata. Buat anda di luar sana pun, janganlah terlalu mengecam tindakan dia ya. Tegurlah dengan cara yang berhemah ya.
Baca juga: “Semuanya Sudah Habis..” Syukur Jumpa Maggi Tepi Sungai, Lelaki Ini Minta Pemilik Halalkannya