BIla dah musim hujan ini, perut asyik lapar dan berbunyi. Tapi anda sudah kehabisan idea untuk memasak benda yang sama, dan anda boleh mencuba resepi Mee Suah dimakan semasa panas dan sesuai di musim sejuk ini.
Mee suah ini salah satu makanan cina dan mudah sahaja untuk memasaknya, cuba perlu membeli jenis mee suah yang betul untuk memasaknya.
Musim Hujan Sejuk-Sejuk Lapar, Apa Kata Kita Masak Mee Suah Panas-Panas Makan Depan TV!
Perkongsian ini dikongsi oleh Nurul Jannah di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda. Beliau mengatakan makanan Chinese Style ini sangat mudah dan sedap untuk dibuat.
Bahan-Bahan:
- 2 Paket Mee Suah
- 2 ulas Bawang putih (Diketuk)
- 1/2 inci Halia (Diketuk)
- 1 biji Tomato
- 1 1/2 Kiub pati ayam
- 1/2 batang lobak merah
- 1 sudu kecil lada sulah
- 2 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 biji telur
- Fishcake
- Udang, kaki ayam dan sotong saiz besar
- Daun bawang (hirisan)
- Bawang goreng
Cara Penyediaan:
- Tumis bawang putih bersama minyak bijan sehingga keperangan dan naik bau.
- Masukkan halia dan air dan campakkan kiub pati ayam.
- Bila air sudah panas, masukkan kepada udang dan rebus sekejap.
- Kemudia buang kepala udang dan rebus pula dan sotong.
- Toskan dan ketepikan dahulu.
- Masukkan lobak merah, lada sulah, sos tiram dan fishcake, biarkan masak sekejap.
- Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung.
- Apabila kuah sudah pekat sedikit, masukkan telur kemudian tomato.
- Letakkan sebut perasa dan secubit garam.
- Akhir sekali, masukkan udang sotong yang sudah direbus tadi.
- Tabur bawang goreng dan hirisan daun bawang.
- Celur sekejap mee suah, apabila sudah lembut.
- Siramkan kuah sup ke atas mee.
Dah siap! Panas panas dimakan semasa musim hujan dan sejuk ini, sangat kena dengan situasi. Anda boleh mencuba resepi ini dan dimakan bersama keluarga dan anak anak.
Selamat Mencuba!