Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » “Pengalaman Masa Tiada Air..”, Masak Nasi Guna Air Batu, Netizan Puji Cara Kreatif Wanita Ini

“Pengalaman Masa Tiada Air..”, Masak Nasi Guna Air Batu, Netizan Puji Cara Kreatif Wanita Ini

Kategori: ,
masak nasi guna air batu

Semakin hari, semakin banyak isu ketiadaan air yang kita dengar menerusi berita dan internet. Air yang merupakan keperluan asas utama dalam kehidapan sehari-hari amatlah penting kepada masyarakat.

Ini kerana, kebanyakan tugas harian memang memerlukan air untuk menyempurnakan ia. Daripada mandi, masak, minum, semuanya memerlukan bekalan air. Untuk peniaga makanan pula, kalau bekalan air tidak mencukupi, perniagaan memang tidak akan boleh jalan.

“Pengalaman Masa Tiada Air..”, Masak Nasi Guna Air Batu, Netizan Puji Cara Kreatif Wanita Ini

masak nasi guna air batu masak nasi guna air batu

Ini berlaku kepada salah seorang peniaga restoran bernama @melany yang juga pengguna laman TikTok. Di situ, dia berkongsi satu video tentang pengalamannya untuk memasak nasi dalam keadaan bekalan air tidak mencukupi.

Menerusi video perkongsian berkenaan, kelihatan dia menggunakan air batu untuk memasak seperiuk nasi di restorannnya. Dia menjelaskan, “pengalaman kami masa tak dak air berjuangan demi sesuap nasi. Semangat,” luahnya dalam keterangan video terbabit.

Menurutnya, air batu digantikan dengan air biasa mengikut sukatan masakan. Air batu yang dimasak bersama nasi akan cair lalu menjadi air biasa. Teknik ini boleh dan akan digunakan ketika darurat sahaja.

Sebelum menutupnya dengan periuk, diingatkan untuk menggaul air batu itu supaya ia rata ke dalam setiap lapisan beras.

masak nasi guna air batu

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang terpegun dan ada juga yang bingung dengan cara masakan berkenaan. Ada diantara mereka yang tidak tahu tentang teknik ini dan tidak terfikir untuk menggantikan air batu sebagai air masakan nasi.

Mengambil salah satu pengguna TikTok bernama @medina.khan, dia berkata, “bagus idea ni,” tulisnya dalam ruangan komen.

Selain itu, ada juga yang menanyakan hasil masakan nasi berkenaan. Kata pembuat video, nasi akan masak seperti biasa dan menjadi kerana cairan ais mencair menjadi air biasa. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama ketika ketiadaan air.

Misalnya @piyuiiii berkata, “betul tu. Kami masak guna pengukus sebab pengukus memand ada air. Kukus 15 minit dah masak,” balasnya dalam ruangan komen berkenaan kisah masak nasi guna air batu ini.

@tatalia920

pengalaman kami masa tak dak air berjuanggan demi sesuap nasi semangat💪AnakraNtau

♬ DJ Cari Uang Harus Banting Tulang Selow Nyantuy – Yudha Paramata

@tatalia920pengalaman kami masa tak dak air berjuanggan demi sesuap nasi semangat💪AnakraNtau♬ DJ Cari Uang Harus Banting Tulang Selow Nyantuy – Yudha Paramata

“Wah! Terbaik, Tak Pernah Terfikir Pun”

masak nasi guna air batu

Jadi, untuk sesiapa yang kawasan atau rumahnya tiba-tiba tiada air, bolehlah pergi beli ais dan cuba masak nasi guna air batu. Tak salah mencuba kan ketika kita dalam terdesak? Dan semoga kita semua terlindung dari masalah air yang berterusan kerana memang susah nak masak apabila benda ni terus terjadi.

Sumber: @melanly

Baca juga: Banyak Rahsianya! Ini Petua Daun Pandan Ikut Tradisi Orang Kampung

tags: | |