Pernah tak anda terfikir untuk masak terus di atas bot dengan menggunakan ikan yang dipancing terus? Menarik bukan idea seperti ini kerana semestinya ikan masih lagi segar dan masak terus.
Wanita ini kongsikan momen indah keluarga mereka menaiki bot sambil memasak kari ikan di atas bot dan guna ikan yang dipancing.
Ctjerai82 ini menunjukkan momen menarik oleh keluarga beliau dan dikongsikan di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau membawa kesemua bahan-bahan memasak seperti periuk, bawang, minyak dan sebagainya untuk masak kari ikan.
Bijak juga idea yang dihasilkan oleh mereka, takkan timbul isu ikan tidak segar kerana mereka menggunakan ikan yang dipancing dan masak terus.
Tak pernah terfikir dek akal untuk berkelah di atas laut terus dan boleh ‘healing’ bersama keluarga.
Kelihatan anak lelaki beliau sedang siang ikan segar untuk dimasak di dalam kari ikan. Sedap sungguh kerana ikannya sangat segar.
https://www.tiktok.com/@ctjerai82/video/7271284165432184066?_r=1&_t=8f9b4Jq19Ed
@ctjerai82 Balas kepada @hanna_aqj #pancing#fyp#tuas🎣🎣🎣🎣 ♬ Peronda Jaket Biru – Wings
Menerusi di ruangan komen, ramai netizen inginkan seperti keluarga ini merasai kerana suasananya sangat tenang.
Bolehlah anda rancang cuti sekolah anak-anak anda dengan perkara yang berfaedah seperti wanita ini lakukan. Semestinya akan membuat anak-anak anda gembira malah hati anda juga senang.
Kredit: Ctjerai82