Resepi masakan ayam ini memang sedap. Banyak bahan yang kita perlukan tetapi tidak rugi kalau nak cuba dan rasa masakan air tangan sendiri. Resepi ini kebiasaanya jarang didengar tetapi memang sedap untuk dimakan. Sesiapa yang gemar makanan pedas boleh cuba untuk masak di rumah. Resepi masakan ini memang popular kerana keenakannya.
Resepi Ayam Ala 3 Budak Gemuk & Sambal Gesek Merecik
Bahan-bahan Perap Ayam
- 1kg ayam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
Bahan2 Sambal Kicap
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 biji bawang besar
- Sedikit bwg holland
- 4 biji cili padi merah
- Air asam jawa
- 1/2 kiub pati ayam
- 1 inci gula melaka
- 1/2 sudu kecil rempah kari daging
- Kicap
- Sos tiram
- 2 helai daun pandan
- 2 tangkai daun kari
- Sedikit air
Bahan-bahan Sambal Gesek
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar air asam jawa (bancuh pekat-pekat)
- 1 biji bawang besar
- 7 biji cili padi merah
- 25 biji cili padi burung hijau
- 1/2 inci belacan
Cara-cara untuk sambal gesek:
- Potong kasar bawang merah, bawang merah kecil, bawang putih, dan cili padi.
- Panaskan minyak dan goreng bahan potongan sehingga lembut lalu mengangkatnya.
- Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah digoreng bersama garam, gula secukup rasa dan sedikit serbuk perasa (pilihan).
- Perah jus limau nipis kedalam sambal untuk menjadikan ia lebih sedap dan gaul kesemua bahan.
Cara-cara untuk ayam masak kicap:
- Letakkan sedikit garam dan serbuk kunyit didalam ayam. Gaul sehingga rata dan perap ayam untuk seketika.
- Tumbuk kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan cili padi.
- Goreng ayam sehingga ayam masak tetapi tidak terlalu garing dan kemudian, angkat ayam.
- Tumis bahan tumbuk kasar lalu masukkan daun kari. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan kicap pekat manis, air asam jawa, sos tiram, dan gula melaka.
- Masukkan ayam goreng kedalam kuah kicap dan tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
- Masukkan hirisan bawang besar dan renehkan ayam sehingga masak sebati bersama kuah masak kicap,
- Kemudian, ayam masak kicap ala 3 budak gemuk siap untuk dihidang bersama sambal gesek.
Kesimpulannya, masakan ayam kicap ala 3 budak gemuk ini memerlukan banyak masa dan bahan untuk menyediakannya. Sesuai juga untuk dihidangkan untuk majlis khas. Selamat mencuba~
Kredit: Nurul Jannah (MMAHN)
Baca Juga: Cara Mudah Masak Nasi Tomato. Lengkap Bersama Lauk Wajib Ada, Ayam Masak Merah!