Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Not Bad..” – Viral Video Mat Saleh Cuba Minum Air Tuak Tepi Jalan, Reaksinya Cuit Hati Orang Ramai

“Not Bad..” – Viral Video Mat Saleh Cuba Minum Air Tuak Tepi Jalan, Reaksinya Cuit Hati Orang Ramai

Kategori:
air tuak

Air tuak adalah minuman yang dihasilkan daripada mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.

Di Malaysia, terdapat tiga jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.

Terbaharu, tular satu video tentang kisah seorang mat saleh dengan nama Ken Abroad yang juga seorang pengembara dari negara eropah yang berkunjung ke Malaysia untuk mencuba makanan dan budaya di sini.

“Not Bad..” – Viral Video Mat Saleh Cuba Minum Air Tuak Tepi Jalan, Reaksinya Cuit Hati Orang Ramaiair tuak

Videonya tular apabila dia berkongsi pengalamannya meminum air tuak yang dibeli di tepi jalan di sebuah kawasan pedalaman Gua Musang, Kelantan. Jika di sini, air tuak biasanya dikenali sebagai air nira kelapa yang sangat menyegarkan apabila kita meminumnya.

Sebelum mencubanya, dia bertanya kepada penjual adakah air tuak yang ingin dicubanya mengandungi alkohol. Penjual itu membalas, tidak.air tuak

“Jom kita try. Rasanya agak pelik dan unik. Sangat menarik dan menyegarkan. Mungkin ia adalah kelapa yang diperam. Tapi sedap,” ceritanya dalam video berkenaan dengan reaksi muka yang penuh tanda tanya dan kegembiraan.

“Rasanya Pelik Tapi Unik..”air tuak

Air tuak yang dibelinya berharga RM7 sebotol yang diisi semula di dalam botol mineral.

Dalam video yang sama, dia juga menunjukkan beberapa kedai jalanan lain yang turut juga menjual air tuak.

“Dekat sini, air tuak nampak popular sebab banyak kedai jalanan yang menjual air tuak,” katanya lagi.air tuak

@ken_abroad Trying Air Tuak in rural Malaysia #Malaysia #travelmalaysia ♬ original sound – Ken Abroad

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang turut memberi pandangan masing-masing tentang harga dan rasa. Mereka juga mencadangkan untuk mencuba air ketum tanpa campuran bahan lain.

“Air nira sedap, tapi kalau dah masam jangan minum..”, komen seorang netizen dengan nama Lisa Nurulain.

Kalau Masam Jangan Minum – Netizenair tuak

Aduh, Min pun rasa nak pergi cari air tuak sekarang juga! Para pembaca pernah minum? Jom tinggalkan pendapat di ruangan komen.

Sumber: Ken Abroad 

Baca juga: “Siapa Salah?” – Peniaga Kunafa Ojen Kesal Pelanggan Tarik Tangannya Sebab Tak Sempat Beli, Harap Tiada Lagi Insiden Sebegini

tags: | |