Dalam melayari internet pada zaman sekarang, pelbagai hantaran aduan oleh pelanggan dapat dibaca akibat ketidakpuasan dari segi harga, kualiti ataupun kebersihan sesuatu makanan yang disediakan di mana-mana kedai makan.
Paling tidak diterima dek akal apabila ada netizen yang berkongsi kisah terjumpa bendasing dalam makanan seperti bulu, rambut, kulit telur, cebisan tali mop dan sebagainya. Jadi, sebagai pelanggan, tertanya juga kenapa benda asing yang pelik dapat tercampur dengan makanan sebegitu rupa.
Adakah cara memasaknya mengabaikan kualiti dan kebersihan makanan? Sedangkan, hal penjagaan makanan adalah perkara yang kritikal dan serius kerana ia berkait dengan kesihatan seseorang.
Namun menurut Mstar, perkongsian seorang wanita berkongsi mengenai pengalamnnya menikmati hidangan makan malam bersama keluarga di sebuah restoran Kuala Lumpur. Kisah ini sudah cukup membuatkan orang ramai ‘seram sejuk’.
Mana tidaknya, mereka sekeluarga terjumpa sebilah mata kail di dalam lauk kari kepala ikan yang dipesan.
Menerusi gambar yang tular di media sosial, kelihatan mata kail yang besar dan tajam itu diselaputi kuah kari manakala bahagian tengahnya masih terlekat sisa isi ikan.
Mujurlah salah seorang daripada ahli keluarga wanita tersebut ternampak mata kail sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
Wanita tersebut segera membuat adunan kepada pengurus restoran berkenaan mengenai penemuan yang tidak dijangka itu. Namun, respons yang diterima adalah sangat mengecewakan.
Bukan Sahaja enggan bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku, sebaliknya pihak restoran menyalahkan pula pembekal ikan mereka.
“Ada mata kail di kepala ikan, bukankah ia luar biasa? Nasib baik ayah saya tidak menyuap dan menggigitnya, sempat melihatnya apabila dia menggunakan sudu untuk memakan ikan itu.
“Bagaimana dengan orang lain? Bagaimana jika kanak-kanak yang terjumpa? Adakah mereka makan mata kail?
“Pada awalnya, mereka kata ia silap pekerja di dapur, tetapi apabila saya nak buat bayaran, mereka minta maaf dan berkata ia salah pembekal,”kata wanita berkenaan.
Menurutnya lagi, harga kesemua hidangan yang dipesan berjumlah RM298.60 namun bilangan tersebut diberi potongan sebanayak 60 sen, menadikan jumlah yang diabayar adalah RM298.
Menjengah komen netizenn, rata-ratanya megecam sikap tidak bertanggunngjawab pihak restoran berkenaan kerana mengambil mudah soal kebersihan dan keselamatan pelanggan.
“Pekerja dapur bersihkan ikan betu-betul ke tidak? Macam mana chef pun tak perasan?
“Kalau tertelan mata kail tu, bukan kena bayar 60 sen untuk kos pembedahan. Restoran mana ni?
“Hanya 60 sen? Saya akan saman mereka,” demikian antara komen netizen tentang isu mata kail dalam kari ikan ini.
Begitu banyak cerita aduan dari pelanggan yang semakin merisaukan sekarang. Para peniaga haruslah lebih menitikberatkan hal kebersihan dan keselamatan makanan lagi-lagi dunia sekarang sedang dilanda wabak dan penyakit yang mengejutkan.
Sumber: Mstar