Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » McD Malaysia Bawakan Ustazah Asma’ Harun Sebagai Penceramah Dalam Program Ramadan Tahun Ini, Sama-Sama Bantu Kongsi Rezeki

McD Malaysia Bawakan Ustazah Asma’ Harun Sebagai Penceramah Dalam Program Ramadan Tahun Ini, Sama-Sama Bantu Kongsi Rezeki

Kategori: ,
McD Malaysia

Restoran McDonald’s (McD) Malaysia terkenal dengan kerja amal yang dilakukan oleh pihaknya dalam memberi impak positif kepada masyarakat.

Pihaknya sentiasa menganjurkan program berbagi rezeki di masjid-masjid Malaysia, contohnya pada hari Jumaat semasa solat Jumaat berlangsung.

McD Malaysia Bawakan Ustazah Asma’ Harun Sebagai Penceramah Dalam Program Ramadan Tahun Ini, Sama-Sama Bantu Kongsi Rezeki

Pada bulan Ramadan pula, pihak McD Malaysia selalu turun menyantuni ahli-ahli masjid untuk berkongsi rezeki bersama-sama, tidak kira dalam bentuk makanan ataupun barangan.

Terbaharu, pada 5 Mac yang lepas, Ustazah Asma’ Harun juga dijemput untuk memberi tazkirah dalam program Kongsi Rezeki Ramadan.

Ia dianjurkan di Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam dan boleh juga ditonton secara siaran langsung (live) di TikTok dan YouTube McD Malaysia.

Program itu juga mengadakan pengagihan bubur lambuk serta majlis berbuka dan moreh bersama-sama dalam berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini.

Sumber: McD Malaysia

Baca juga: Jualan Produk Khairul Aming Cecah RM42 Juta Pada 2024, Naik 110% Berbanding Tahun Sebelumnya

tags: |