Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » McD Malaysia Lancar Menu Rahmah McDonald’s Bagi Ringankan Beban Golongan Yang Memerlukan, Tawar 3 Pilihan Menu Lazat!

McD Malaysia Lancar Menu Rahmah McDonald’s Bagi Ringankan Beban Golongan Yang Memerlukan, Tawar 3 Pilihan Menu Lazat!

Kategori: ,
Menu Rahmah McDonald’s

Seperti yang kita tahu, menu Rahmah adalah inisiatif kerjaan untuk meringankan beban bagi golongan yang tidak berkemampuan dengan menyediakan makanan berharga RM5 sahaja bagi satu pek hidangan.

Pelbagai restoran dan kedai makan menyokong inisiatif ini bagi golongann yang memerlukan.

McDonald’s Malaysia Lancar Menu Rahmah Bagi Ringankan Beban Golongan Yang Memerlukan, Tawar 3 Pilihan Menu Lazat!

Menu Rahmah McDonald’s

Terbaharu YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah merasmikan Menu RAHMAH McDonald’s yang diadakan di McDonald’s Mutiara Damansara, Selangor.

Pelancaran Menu Rahmah McDonald’s hari ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald’s dengan harga yang berpatutan, pada hanya RM5.

Tawar 3 Menu Rahmah Berbeza Berharga RM5

Menu Rahmah McDonald’s

McDonald’s Malaysia menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 iaitu Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil), Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil) dan menu ketiga adalah McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil). Menu Rahmah McDonald’s boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai hari ini.

Foldover Ayam, Daging Diperkenalkam Semula Sempena Ramadan

Menu Rahmah McDonald’s

Dalam majlis sama, McDonald’s turut menyantuni anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di Kajang dengan hidangan Menu Rahmah, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat ini dalam menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Rohaizi Bin Bahari- Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, YBrs Puan Melati Abdul Hai-Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, YBhg Datuk Seri Haji Mohammed Nasir Rakhir-Ketua Pegawai Perhubungan McDonald’s Malaysia, YBrs Encik Zuhairi Mat Radey-Pengarah KPDN Selangor, serta Pegawai Kanan Kementerian.

Menu Rahmah McDonald’s Menu Rahmah McDonald’s

tags: |