Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » McDonald’s Lancar Menu Baru BBQ Beef Burger & Kemunculan Semula McFlurry Dinosaur!

McDonald’s Lancar Menu Baru BBQ Beef Burger & Kemunculan Semula McFlurry Dinosaur!

Kategori: ,
BBQ Beef Burger

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, ia tidak menghalang anda untuk mendapatkan makanan kegemaran anda. Kerana anda masih boleh membeli menggunakan penghantaran, pandu lalu dan secara bawa pulang (takeway).

Untuk pengetahuan, McDonald’s telah mengeluarkan menu baru semalam!

Iaitu, BBQ Beef Burger dan juga kemunculan semula McFlurry Dinosaur!

BBQ Beef Burger & McFlurry Dinosaur!

Seperti yang anda tahu, McDonald’s sentiasa mengeluarkan menu yang menarik untuk memikat hati anda. Bermula dari pelbagai jenis perisa pai sehingga Ice Coffee Float!

Mereka sentiasa mengeluarkan menu yang menarik dan sehingga kini mereka masih mengeluarkan menu baru dan juga membuat kemunculan semula menu-menu yang lama.

Di bawah siri Macho Bites terdapat 3 burger, iaitu Double Cheeseburger, Big Mac dan menu baru BBQ Beef Burger. 2 menu yang pertama adalah menu yang sudah tetap, penambahan menu baru iaitu BBQ Beef Burger kelihatan sangat menarik dan mengiurkan!

BBQ Beef Burger ini datang bersama sekeping daging yang tebal, berjus, daging lembu panggang bersama sekeping keju! Kemudian ia datang bersama sos BBQ yang sangat beraroma, pasti dapat memikat hati anda! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya!

https://www.facebook.com/My.McDonalds/videos/505363570158985/?v=505363570158985

Bukan itu sahaja, McDonald’s juga mengembalikan semula Dinosaur McFlurry yang pernah dikeluarkan dulu yang menjadi kegemaran ramai! Sekali lagi, ia membuat ‘comeback’. Jadi jangan lupa dapatkannya.

Jika anda pernah mencubanya, jom ingat kembali bagaimana rasanya. Ia datang bersama aiskrim yang berkrim bersama serbuk coklat malt dan bijiran coklat puff diatasnya.

Jika anda peminat milo, pasti anda akan menggemarinya!

Bukan itu sahaja, Strawberry Custard Pie juga telah membuat kemunculan semula.

Mengandungi separuh kastard dan separuh strawberi yang merupakan gabungan yang terbaik!

Jangan lupa cuba!

Jom dapatkan di McDonald’s berdekatan atau gunakan perkhidmatan penghantaran je!

Dan, jangan lupa jaga jarak sosial ya.

 

Sumber: KLFoodie

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tags: