Candy Pillow merupakan antara restoran mee yang terbaik di Melaka. Istimewanya, restoran ini menjual pelbagai jenis mee yang di hidangankan menggunakan besen kepada pelanggan.
Lokasi restoran Candy Pillow ini beramat di G11, Pangsapuri Laksamana, Lorong Thamby Abdullah, 47500 Bandar Hilir, Melaka. Waktu operasinya pula bermula dari jam 3.30 petang hingga 10 malam pada setiap hari kecuali Isnin.
Restoran ini, menyediakan pelbagai menu yang menarik dan sedap serta menyediakan pelbagai saiz besen untuk pilihan pelanggan. Antara menu yang popular adalah Talam Western dan pelbagai kategori minuman float yang ditawarkan di restoran ini.
Selain itu, uniknya di sini, pelanggan perlu beratur untuk mengambil nombor giliran terlebih dahulu sebelum dapat menikmati hidangan di restoran ini. Harga makanan yang ditawarkan di sini juga memang amat berbaloi dan berpatutan.
Sumber: Hypp Inspirasi