Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mee Goreng daging

Mee Goreng daging

Kategori: ,

Saya pasti dah ramai yang tahu masak mee goreng daging, disini saya hanya nak kongsi resepi mee goreng daging power daripada Dahlia’s Kitchen.Semoga dengan ilmu yang saya kongsikan ini dapat menambah baik cara masakan anda.

mee goreng daging

 

Resipi Mee Goreng Dahlia’s Kitchen

*Resipi Untuk 1 1/2 Kilo Mee Kuning

Bahan-bahan kisar (blend)

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 1 Genggam Bawang Puteh
  • 5 Biji Bawang Kecil
  • 15 Batang Cili Kering ( citarasa masing2 )
  • Setengah Ibu Jari Halia

Bahan-bahan lain

  • 4 Sudu Makan (penuh) Tomato sauce
  • 3 Sudu Makan Kicap Masin
  • 1 Cawan Air
  • Garam Secukup Rasa
  • 3 Daging Goreng ( dihiris )
  • Udang Basah ( dibuang kulitnya – Optional )
  • 2 Biji Tamato ( dipotong dadu )
  • Fishcake
  • Crabstick
  • Taugeh
  • Sawi
  • Celery..

Cara-Cara memasak

  • Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak kemudian masukan daging
  • Bila daging agak empuk masukkan tomato sos, garam, fishcake, crabstick dan kicap masin
  • Masukkan air supaya tidak terlalu kering, kemudian masukan tomato
  • Selepas itu masukkan mee, sayur, taugeh dan gaul hingga rata

Terimakasih kerana sudi menonton dan Selamat Mencuba….
Ihklas Dari Saya Manfaat Untuk Semua…

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: |