Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Patutlah Mee Kari Sedap Sangat Rupanya Guna Cara Ni Bila Nak Masak, Terasa Kelainannya!

Patutlah Mee Kari Sedap Sangat Rupanya Guna Cara Ni Bila Nak Masak, Terasa Kelainannya!

Kategori:

Mee Kari yang berkuah pekat kaw dan sedap memberi kepuasan hati yang maksima kepada peminat masakan mee. Kalau nak tahu rahsia penyedapnya perlulah menggunakan air rebusan udang.

Penyediaan bahan-bahannya agak banyak termasuk bahan hiasan namun itulah yang menjadikan mee kari lebih special.

Jom buat ikut resipi di bawah, confirm menjadi dan puas hati! Selamat mencuba.

Resipi Mee Kari

Bahan untuk rempah tumis :

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

Bahan untuk kisar halus :

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut

Bahan untuk bancuhan rempah :

  • 4 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili

Bahan-bahan lain :

  • 1 bungkus mee kuning
  • Potongan isi ayam
  • Kerang rebus
  • Udang
  • Air rebusan kulit udang
  • Santan cair
  • Fishball
  • Tauhu puff
  • Kiub ayam
  • Santan pekat

Bahan-bahan untuk hiasan :

  • Telur rebus
  • Sawi
  • Taugeh
  • Bawang goreng
  • Cili merah dan hijau
  • Limau Kasturi

Cara-cara penyediaan  :

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Masak Mee Sup Berkuah Yang Mudah Dan Menyelerakan, Kawan-Kawan Selalu Puji Sedap!

tags: