Mungkin ada yang tidak pernah dengar apa itu mee odong , Mee odong adalah mee berkuah seperti mee kari atau mee bandung. Mee odong berasal dari jawa dan disini saya ingin berkongsi resepi mee odong ini yang di buat oleh Dahlia’s Kitchen.

Mee Odong Dahlia’s Kitchen

Bahan bahan kisar (blend)

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 10 Ulas Bawang Putih
  • 5-6 Ulas Bawang Kecil
  • 15 Batang Cili Kering ( citarasa masing2)
  • Sedikit Halia
    *Bahan2 diatas ditumis bersama 1 Biji Bawang Besar yg di hiris

Bahan Bahan Lain

  • Mee Kuning/ Mee Hoon/ Kway Teow (1.5 Kg)
  • 2 Sudu Besar Penuh Serbuk Kari Daging
  • 4 Sudu Besar Penuh Tomato Puree
  • 2 Biji Tomato (dipotong kecil/dadu/dihis)
  • Daging Kari ( dihiris2)
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Telor (bilangan masing2)
  • Fishcake
  • Fishball
  • Udang (optiona
  • Daun Sop/bawang
  • Taugeh
  • Bawang Goreng
  • Sayur Sawi
  • Air 1.5 liter (sukatan masing2) (jangan terlalu cair)

Cara Masakan

  • Tumiskan bawang besar sehingga layu, kemudian masukan bahan blend dan rempah kari
  • Bila dah naik minyak masuk tomato puri kemudian masukan daging dan air secukupnya
  • Masukan garam dan gula secukup rasa, biarkan daging empuk
  • Letak fishcake, fishball ikut citarasa masing-masing
  • Kemudian letak telur dan sayur sawi dan sedia dihidang

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Selamat Mencuba…
Cuba Jangan Tak Cuba Kalau Tak Cuba Tak Tahu…
Ihklas Dari Saya Manfaat Untuk Semua..

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)