Mee Rebus Tetel (tetelan). Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu tetelan, tetelan adalah bahagian daging lembu yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau rawon. Disini saya sediakan resipi menyediakan mee rebus tetel daripada Dahlia’s Kitchen.

MEE REBUS Versi DAHLIA’S KITCHEN

*Resipi Untuk 2 kg Mee Kuning

Bahan-bahan kisar (blend):

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 10 Biji Bawang Kecil
  • 6 Bawang Putih
  • 10 Batang Cili Kering
  • 1 Genggam Ikan Bilis
  • 1/2 Ibu Jari Halia
  • 1 Batang Serai

Bahan-bahan lain:

  • 1 Batang Serai ( Dititik )
  • 1/2 Ibu Jari Lengkuas ( Dititik )
  • 1 Genggam Udang Geragau ( yg kering, cuci dan tos )
  • Tetelan ( direbus dan dipotong kecil )
  • Kacang Tanah ( digoreng dan dikisar )
  • 4 Sudu Makan Penuh Rempah Kari Daging
  • 3/4 Botol Tauchu ( dicuci sedikit, ditos dan diramas2 )
  • 7 Sudu Makan Gula ( kalau kurang, ditambah )
  • Garam Secukup Rasa
  • 2 liter Air
  • 8 Sudu Makan Tepung Jagung ( dicampur air 2 cawan ) kalau kurang pekat ditambah.

Cara cara membuat:

  1. Panaskan minyak, tumis kesemua bahan kisar serta serai, dan lengkuas yang sudah dititik.
  2. Tambahkan rempah kari daging. Kacau sebati. Tumis hingga matang atau garing.
  3. Masukkan udang geragau/ udang baring. Masak selama beberapa minit.
  4. Kemudian, masukkan tetelan, air secukupnya, tauchu serta kacang tanah.
  5. Masukkan gula serta garam secukup rasa. Masak sehingga ia mendidih. Tambahkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air.
  6. Akhir sekali, sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah penyediaannya:

Kredit: Dahlia’s Kitchen

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 3 times!)