Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tinggal Serumah Dengan Mentua, Menantu Baik Hati Masak ‘Nangis’ Bila Lauknya Dibuang

Tinggal Serumah Dengan Mentua, Menantu Baik Hati Masak ‘Nangis’ Bila Lauknya Dibuang

Kategori:
mentua buang lauk menantu masak

Sebumbung dengan mentua selepas berkahwin adalah hal yang sangat mahu dielakkan oleh menantu perempuan. Suami juga memainkan peranan untuk membawa isteri tinggal dalam rumah sendiri.

Mungkin ia tidak menjadi masalah bagi yang bernasib baik mendapat mentua yang sporting dan tidak campur dalam dalam urusan anak menantu.

Namun hakikatnya, ramai isteri yang menderita apabila tinggal sebumbung dengan mentua ditambah pula dengan kewujudan ipar duai yang tidak sekepala.

Penat masak, tapi lauk dibuang!

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita ini (dirahsiakan identiti) apabila dia menjadi ‘makan hati’ apabila masakannya dibuang selepas penat lelah memasak.

Menurutnya, dia baru selesai mengambil air sembahyang lalu merasa hairan apabila periuk yang berisi lauk hasil masakannya sudah pun kosong.

Siap suruh anak perempuan ‘kandung’ masak lauk lain

Rupanya makanan tersebut sudah dibuang ke belakang rumah malah turut menyuruh anak perempuan yang ketika itu baru sahaja pulang untuk memasak hidangan lain.

Andai enggan menjamah walaupun sedikit, sepatutnya lauk tersebut dibiarkan sahaja tanpa dibuang. Sekurang-kurangnya tuan badan dapat makan bagi mengelakkan pembaziran.

“Faham sangat duduk dengan mentua..”

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen menyatakan sangat memahami apa yang dirasai oleh wanita ini. Ada yang merasa bahagia tinggal sebumbung dengan mentua dan ada juga yang sebaliknya.

tags: |