Mesti para peminat McDonalds di luar sana menanti-nanti apakah kejutan yang bakal dikeluarkan oleh mereka lagi. Kejutan ini pasti akan mengembirakan anda di luar sana. McDonald’s Malaysia secara rasminya telah mengeluarkan menu baharu iaitu menu sarapan Sambalicious dan juicy beef burger.
Apabila memikirkan makanan segera, mesti secara automatik anda semua terfikir makanan di McDonald’s yang mana terdiri daripada ayam goreng, burger, kentang goreng, soda dan juga sundae. Fikirkan ayam goreng Mcd pun dah buat diri kita terkulai apatah lagi jika ada menu baharu. Memang rasa nak pergi beli terus kan?
Seperti yang anda semua tahu, sarapan pagi amatlah penting. Anda wajib ambil sarapan pagi walaupun hanya sekadar minum segelas susu. Tapi sekarang kan Mcd dah keluarkan sarapan Sambalicious terbaru. Terdapat 3 jenis dalam menu baharu ini:
Menu sarapan Sambal yang baru ini anda boleh dapatkan sehingga 10 pagi setiap hari. Kebanyakkan rakyat Malaysia menyukai masakan bersambal kan? Oleh hal demikian Mcd bawakan khas menu ini buat anda semua!
Sambal Scrambled Egg Sandwich ialah daripada menu Sambalicious. Terdiri daripada scrambled eggs yang halus dan lembut, digandingkan pula dengan sambal dan keju cair. Kemudian di apit antara dua roti yang sangat gebu dan lembut. Memang sangat sesuai untuk sarapan pagi!
Dan sekiranya anda mahukan sambal yang lebih, anda boleh menambahkannya hanya dengan harga RM1!
Beralih pula kepada burger McDonald’s yang BARU ini, ia diberi nama Honey Mustard Beef Burger. Burger daging lembu ini dijamin amat memuaskan! Terdiri daripada daging lembu panggang yang juicy dan di apit antara keju dan disaluti pula dengan Sos Honey Mustard BARU memang menyelerakan!
Bukan itu sahaja anda boleh dapatkan juga burger Smoky Grilled Beef dan Quarter Pounder with Cheese. Untuk Quarter Pounder with Cheese ini ia dilengkapi dengan daging lembu panggang yang juicy dan diatasnya dilengkapi bawang segar, timun jeruk dan dua keping keju cheddar. Manakal untuk Smoky Grilled Beef anda akan mendapat daging lembu panggang dan bawang karamel aromatik yang disiram dengan sos smoky Chiptole. Sangat menggiurkan!
Jadi apa tunggu lagi? Jom serang Mcd dan jangan lupa tags teman anda dikomen supaya mereka semua tahu mengenai berita gembira ini! Selamat menjamu selera!