Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Dulu 64kg, Kini 49kg!! Wanita ini Kongsi Menu Lunch Box Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal

Dulu 64kg, Kini 49kg!! Wanita ini Kongsi Menu Lunch Box Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal

Kategori:
Menu Lunch Box

Memang ramai yang cuba turunkan berat, tapi ada yang berjaya dan ada yang gagal. Kalau nak diet ni, memang kena tetap pendirian kalau tak memang akan cepat putus asa. Kuruskan badan bukan untuk orang lain, tapi untuk kesihatan kita sendiri. Mesti semua sudah tahu, banyak keburukan dari berat badan berlebihan ini.

Seorang wanita berkongsikan menu diet beliau sehingga mampu menurunkan berat dari 64kg hingga ke 49kg. Menunya juga nampak menyelerakan dan lazat. Mungkin ini akan memberi inspirasi kepada anda yang mahu menurunkan berat badan. Orang lain boleh, anda pasti boleh! Jom ikuti perkongsian di bawah.

Lunch Box versi Eat Clean saya. Alhamdulillah dari 64kg saya dh dpt Berat ideal 49kg.

No sugar, less salt & suku2 separuh.

Saya mmg xletak apa2 sos or kicap.. Sambal plak sy buat sendiri versi eat clean (tak ada belacan & gula)

Resepi ikan: perap cajun + bawang putih + cili flakes.. Then masak dalam air fryer.. Saya lapik foil baru dia moist sikit.

Xyah minyak pon sebab salmon memang akan keluarkan minyak sendiri.

Resepi ayam: ayam sy gaul kunyit + garam pink sikit + cili flakes + 1sudu kecil olive oil.. Then masukkan dalam air fryer.

Resepi kuah: tumis bawang putih, bawang besar + halia.. Masukan rempah sup sikit. Masukkan dada ayam + carrot & tomato . Letak gram pink sikit.. Siap. Sy tabur daun ketumbar sikit.

Resepi sandwich: telur dadar (telur 2 biji + cili flakes+ mushroom + bawang) then letak sayur yg kita nak. Sy ada letak 1 sudu mayonis kewpie pink. (lulus eat clean)

Guna roti Gardenia 100% WholeGrain with Canadian Purple Wheat

 

Sumber: Aida Ilda

 

 

tags: |