Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Merungut Harga Makanan Gerai Tepi Jalan Mahal? Peniaga Ini Kongsi Cerita Sebenar!

Pelanggan Merungut Harga Makanan Gerai Tepi Jalan Mahal? Peniaga Ini Kongsi Cerita Sebenar!

Kategori:
harga makanan gerai tepi jalan

Dalam berniaga, bukan semua orang melalui pengalaman perit dan manis dengan jalan yang sama. Ada yang menerima banyak rungutan dari pelanggan dan ada juga yang terkena tohmahan yang tidak berasas.

Misalnya, satu kisah telah diluah oleh seorang peniaga makanan jalanan, Atikah Alia yang menjual nasi campur menceritakan kisahnya diperli pelanggan yang datang membeli. Pelanggan berkenaan mengatakan keraguannya dengan bertanya kenapa harga makanan yang dikenakan mahal walaupun dia berniaga hanya di tepi jalan?

Pelanggan Merungut Harga Makanan Gerai Tepi Jalan Mahal? Peniaga Ini Kongsi Cerita Sebenar!

harga makanan gerai tepi jalan

“Pernah pelanggan cakap macam ni pada saya. Niaga tepi jalan pun letak harga mahal? Padahal dengan harga yang dicaj RM13.90, pelanggan itu mendapat asam pedas ikan kaci/siakap bersama nasi, sayur, papadom dan juga bekas plastik. Ikan kaci siakap kak. Ikan mahal tu,” luahnya dalam video berkenaan.

Dia yang berniaga di Asam Pedas Dara Titian Laksamana Bandar Kota Tinggi, Johor berkata sebagai peniaga, hanya peniaga yang tahu jerit perih dan kepayahan berniaga tepi jalan. Lagi-lagi peniaga kecil yang sedang mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup di luar sana.

harga makanan gerai tepi jalan

@atikahalix

Kang suruh masak sendiri Kang merajuk pula nanti 🥺

♬ Indah Lelapku – Izwan Pilus

@atikahalixKang suruh masak sendiri Kang merajuk pula nanti 🥺♬ Indah Lelapku – Izwan Pilus

Meninjau pada ruangan komen, orang ramai turut bersetuju dengan kenyataan peniaga terbabit. Katanya, harga yanng dikenakan sudah cukup berbaloi dengan membandingkan harga bahan mentah yang semakin menaik dan jenis lauk yang ditawarkan.

“Weh berbaloi harga akak letak tu. Siapa yang kata mahal tu memang tak pernah beli barang masakan,” kata seorang netizen bernama Iman.

“Berbaloilah dengan harga tu sebab boleh dapat 2 kali makan tau dengan sekali beli,” komen Muhd Sharir.

Selain itu, netizen juga turut menyatakan bahawa sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup kerana orang hanya tengok kos dari segi luaran, bukan keseluruhan.

“Kadang-kadang orang tak kira kos minyak, masa, tenaga nak buat makanan. Dorang hanya tengok kos luaran,” kata netizen bernama MK.

“Mulut orang, terkadang memang boleh buat kita down. Be positive dan stay strong,” kata Syah.

Orang Tak Nampak Dan Kira Kos Minyak, Tenaga, Masa…

harga makanan gerai tepi jalan

Melihat kepada isu harga makanan gerai tepi jalan ini, bagi min ia haruslah difahami kepada dua-dua pihak, pelanggan dan peniaga. Pelanggan harus faham harga bahan mentah yang sedang menaik sekarang. Manakala bagi peniaga, janganlah menaikkan harga yang mahal melebihi untung lebih dan atas faktor ambil kesempatan.

Tapi jika harga peniaga ini, rasanya berbaloi dengan jenis ikan dan lauk yang dimasak.

Sumber: Atikah Alia

Baca juga: “Ini Wira Sebenar”, Rider Grab Food Selamatkan Wanita Kena Ragut, Sanggup Rempuh Motor Penjenayah

tags: | |