Maggi merupakan mi segera yang sangat disukai oleh rakyat Malaysia. Malah dalam masa yang sama ada juga rakyat negara lain yang sangat menyukai mi segera Maggi ini seperti Bangladesh, Pakistan, Singapore, Australia, New Zealand dan India.
Jika dahulu mi segera ini sering dikaitkan dengan masalah kekurangan wang atau hanya pelajar yang tiada wang sahaja akan makan mi segera ini. Tetapi kini tidak lagi, kerana orang kaya pun sangat menggemarinya.
Selain rasanya yang sedap, Maggi menarik perhatian para pembeli dengan harganya yang rendah serta kualiti yang boleh diterima oleh pasaran. Jika anda perasan, Maggi sering kali membuat promosi melalui iklan di TV, radio, YouTube, Facebook dan lain-lain platform media sosial.
Tetapi adakah anda mengetahui bahawa Maggi ini bukanlah jenama Malaysia? Seperti apa yang tertera di plastik Maggi. Logo yang dikenali dengan nama Nestle itu sebenarnya dimiliki oleh syarikat makanan dan minuman yang berasal dari Switzerland.
Jenama Maggi ini diasaskan oleh seorang usahawan Switzerland iaitu Julius Maggi pada tahun 1884 dengan visi menghasilkan makanan yang sedap dan nutrisi untuk keluarga yang sibuk bekerja. Kemudian pada tahun 1947 Nestle mengambil jenama Maggi dan kini Maggi telah berusia lebih daripada 100 tahun.
Kalau anda hendak menyokong jenama Malaysia, Maggi bukanlah pilihannya. Mi segera jenama Malaysia yang sedapnya tidak jauh beza dengan Maggi ada banyak je di pasaran. Antaranya adalah mi segera berjenama Saji.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah menyatakan pada tahun 2018 bahawa produk Maggi di India mengandungi banyak plumbum yang mana membahayakan kesihatan pengguna. Tetapi produk Maggi di Malaysia masih selamat untuk dimakan.
Walaubagaimanapun, lebih 98 peratus daripada 707 mi segera di pasaran memiliki kandungan garam yang tinggi setelah ia dikaji oleh tujuh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan University of London.
Sumber: Fb Jenama Malaysia
Baca juga: Kilang Milo Terbesar Di Dunia Ada Di Malaysia, Nestle Melabur Lebih 100 Juta Untuk Kilang Tersebut